Sunday, December 11, 2022

Mat Sabu, mana telur? Ini 4 perkara.. Bukan kerana ayam enggan ber...

 

1. Abang Mat Sabu, Mana Pergi Telur Ayam Kami?

Sehari dua ni heboh isu telur ayam. YB Mohamad Sabu aka Abg Mat Sabu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan keluar kenyataan media bertajuk “Keterjaminan Bekalan Telur Ayam Dalam Negara” yang mengariskan langkah Kementerian beliau yang mencadangkan untuk import menyelesaikan isu kekurangan telur ayam dalam negara. 

Pertamanya saya tak faham macam mana Menteri boleh keluar kenyataan tanpa melihat data dan statistik. Amat penting bagi sesuatu tindakan mestilah berdasarkan kepada maklumat yang tepat. Kemudian cari punca sebenar masalah dan baru cari penyelesaian. 

 Kedua Abg Mat kena faham, kita tidak mengalami kekurangan telur diperingkat ladang. Malah kadar sara diri (SSL) bagi telur dan ayam adalah melebihi 100%. Ini bermakna telur yang dihasilkan dalam negara adalah mencukupi untuk penggunaan dalam negara.

Jadi mana pergi telur ayam kita? Ayam sakit? Ayam tak nak bertelur? Ayam mogok? Persoalan itu sepatutnya Abg Mat kena tanya dan fokus. Bukan cepat sangat nak import telur ayam luar. Siapa nak import? Siapa dapat kontrak? Kan banyak soalan yang kena jawab. Paling penting adakah ia akan selesaikan masalah kekurangan telur ayam?

Jadi apa nak buat? let me advise you.

1. Sekat semua eksport telur ayam sehingga bekalan dalam negara mencukupi. Selagi tak cukup jangan benarkan eksport. Strategi sama dibuat ketika zaman Dato Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dalam menangani kerenah kartel dalam isu kekurangan bekalan ayam. Ini sangat ditakuti oleh kartel sebab harga jual diluar lebih mahal. Keuntungan lebih besar. Hit them where it hurts the most.

2. Buat akta baru yang akan mengawal selia pembekal makanan utama. Dengan akta ini, Kerajaan akan dan boleh pantau semua pembekal makan utama. Syarikat besar ni tak banyak. So, it is not difficult to regulate them. 

3. Kenal pasti setiap kapasiti pengeluaran syarikat-syarikat utama. Sekiranya pengeluaran merosot buat pemantauan. Gunakan penguatkuasaan untuk siasat. Sekiranya didapati berlaku pelanggaran dan terdapat unsur sorok bekalan, ambil tindakan undang-undang. Tarik lesen dan sebagainya. 

4. Sudah tiba masanya perlu ada usaha bersepadu GLC Persekutuan seperti Khazanah, Felda dan GLC Negeri untuk membina dan mempunyai sistem penternakan lengkap dan berintegrasi bagi menghasilkan ayam pedaging dan ayam penelur bagi menjamin keterjaminan makanan. Saya yakin beberapa GLC telah memiliki sebahagian dari sistem ini. Felda sudah memiliki feed mill. Jabatan Veterinar sudah memiliki poultry. Beberapa GLC negeri juga sudah memiliki reban dengan kapasiti sederhana. Abg Mat hanya perlu menyelaras dan membesarkan kapasiti mereka. Bantu mereka dengan pendanaan dan koordinasi.

Besar tanggungjawab Abg Mat untuk memastikan food security dan food sovereignty. Kita ada tanah yang subur dan luas. Kita ada hasil bumi yang banyak. Abg Mat hanya perlu berani. Ambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba bermain dengan bekalan makanan negara. Harap Abg Mat berani. Jangan bimbang kalau DAP marah, kami ada. Kami akan sokong Abg Mat dalam hal ini. 

Leicester UK



2. Berita bekalan telur kurang kerana ayam enggan ‘bersetubuh’ palsu  

KUALA LUMPUR – Keratan layar sebuah laporan berita kononnya bekalan telur kurang di pasaran kerana ayam enggan bersetubuh adalah palsu.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui media sosial meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan tangkap layan berkenaan.

"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin merujuk kepada posting yang tular di media sosial bertajuk ‘Bekalan telur kurang kerana ayam enggan bersetubuh’.

“Maklumat melalui akaun media sosial tersebut adalah palsu. Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” katanya.

Tangkap layar yang disebarkan di media sosial memaparkan gambar Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dengan tajuk ‘Bekalan telur kurang kerana ayam enggan bersetubuh’.

Selain itu terdapat kapsyen bertulis, ‘Punca kekurangan bekalan telur telah dikenalpasti akibat pasangan ayam yang bermasalah.

Berita tersebut kononnya dikeluarkan oleh sebuah portal berita.

Sebelum ini media melaporkan, Mohamad memaklumkan, isu bekalan barangan keperluan terutama telur dan ayam serta harga munasabah menjadi antara fokus kementerian.

Mohamad berkata, isu bekalan makan dengan harga yang munasabah memerlukan perhatian serius seiring dengan ramalan ekonomi dunia merosot tahun hadapan.

Beliau menegaskan, pihaknya mengenalpasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan telur ayam dalam negara dengan kadar segera.

Ini bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran.

“Kementerian juga akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian yang ditetapkan.

“Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan Kerajaan perlu dipatuhi tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu dilaporkan sudah berbincang dan mengarahkan beberapa langkah diambil terhadap isu bekalan telur yang dihadapi negara ketika ini.

Katanya, harga telur ayam yang lebih murah akan diumumkan Mohamad bagi mengurangkan kebergantungan bekalan telur kepada kartel.

Untuk rekod, purata penggunaan telur ayam rakyat Malaysia untuk tempoh sebulan dianggarkan 968 juta biji.

Negara menghadapi kekurangan bekalan telur ayam sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu. – MalaysiaGazette

Komen Weblog Ibnu HasyimMat Sabu, mana telur? Ini 4 perkara.. Bukan kerana ayam enggan ber...

Berita bekalan telur kurang kerana ayam enggan ‘bersetubuh’.. Itu berita palsu, cerita lawak! Resolusinya, sila teliti 4 perkara di atas..

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Laaaaa.
Baru seminggu.
Udah xda teloq.
Tunggu dua minggu.
Apa pulok takdok.
Petrol dah tughun ghege ker.
Cukai judi masih beri pendapatan.
Ingatkan judi dah hapus.

Malikalmaut said...

Ini Menteri Otak Tak Cerdik di angkat Jadi Menteri..selayak nya dia ni Jadi Babu~Tukang masak bukan Menteri...apa yg dia tahu tentang Pentadbiran Negara..? Kuat melalak di setiap ceramah Politik tiada kematanggan dlm be cakap dan berfikir..tahap pemikiran budak budak minta Duit 20 Cents di pasar Malam...ini lah Kerajaan perpaduan konon nya dgn Ahli Kabinet semua kurang masak~ separuh empok...Otak semua liat berfikir utk menerima pandangan Dan keluhan Rakyat..ini Mat Sabu suruh berniaga Satey di pasar Malam lah lagi bagus.

Anonymous said...

Idea bernas dilontarkan oleh netizen UK. Rakyat tertunggu2 idea bernas dari pak menteri pula?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails