Thursday, December 15, 2022

Jamal Abdillah, Ummi Nazeera antara 30 dilantik Ahli Dewan Tertinggi MN

 


Jamal Abdillah, Ummi Nazeera antara 30 dilantik Ahli Dewan Tertinggi MN 

KUALA LUMPUR: Penyanyi pop Datuk Jamal Abdillah, pelakon Datuk Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin adalah antara 30 individu yang dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Presiden MN Tan Sri Annuar Musa, berkata mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Annuar berkata, MN adalah NGO berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dan bukanlah parti politik.

Katanya, keahlian MN terbuka kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira agama, dan terkini ahli MN di seluruh negara sudah mencecah 20,000 orang

"MN ditubuhkan dengan objektif membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan bangsa Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

"MN juga mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan," katanya pada sidang media, hari ini.

Anuar berkata, MN ditubuh berasaskan tiga prinsip iaitu kasih sayang, perpaduan dan hormat-menghormati yang berlandaskan nilai-nilai cintakan keamanan, kedamaian, muhibah dan perpaduan yang sejati.

Katanya, ia sesuatu yang perlu dipupuk dan disuburkan secara berterusan sehingga menjadi sesuatu yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

"Selepas ini, kita akan mewujudkan pejabat perhubungan negeri bagi mereka yang mahu menggerakkan MN di negeri masing-masing," katanya sambil menambah pendaftaran keahlian boleh dilakukan melalui pengisian borang fizikal atau secara dalam talian di muafakatnasional.org.my.

Individu lain yang menyertai MN dan dilantik Ahli Dewan Tertinggi adalah Kerabat Diraja Pahang, Datuk Seri Tengku Idris Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar; Tan Sri Noh Omar (Ketua Bahagian Umno Bahagian Tanjong Karang); Datuk Zuraida Kamaruddin (ahli Parti Bangsa Malaysia (PBM); Datuk Seri Dr Edmund Santhara Kumar Ramanaidu (ahli PBM); Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim (mantan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza); Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz (pakar perundangan dan perlembagaan); Prof Dr Mohd Redhuan Tee Abdullah (penceramah); Prof Dr Wan Azman Wan Sulaiman (Universiti Sains Malaysia); Datuk Seri Md Redzuan Mat Yusof (bekas menteri kabinet dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). (BH)

5 comments:

Anonymous said...

Apa hal dong zong mohon uec.
Apakah mereka mahu silibus sendiri. Tidak mahu ikut silibus negara malaysia. Yang ini orang melayu kena bantah. Tersangat perkauman.

Anonymous said...

Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko 'hilang dari peta' berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

Anonymous said...

Harapannya ialah supaya gelombang hijau berterusan hingga ke pilihanraya akan datang. Kerana sudah ada keserasian antara rakyat jelata dan kepimpinan. Semoga seluruh rakyat mendapat manfaat dari sikap jujur, ikhlas dan beramanah dari kepimpinan gelombang hijau.

Anonymous said...

Kerajaan Brother Anwar Bin Ibrahim kena siasat segera kenapa Zety cuti sakit..!!

SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , SPRM dan Brother jangan jadi 'Cifut Babi' lambat menyiasat cuti sakit Zety terlampau banyak sangat..!!

Isu Bossku kalau tak ditangani segera boleh jadi time bomb pada kerajaan minoriti Brother Anwar Bin Ibrahim.

Isu ‘MC’ Zeti menjadi bualan rakyat kerana sekian lama mendiam diri dan tidak muncul dimana mana, tetapi apabila tiba waktu untuk memberi keterangan , tiba2 mohon untuk cuti sakit sambung menyambung.

Kisah Joanna Yu pula muncul dengan masakan sup untuk Jho Low ketika sakit situlah Jho Low, banyak lagi sebenarnya butiran menarik yang berjaya dikorek oleh pihak pembelaan Datuk Seri Najib Razak dalam kes #1MDB minggu ini.

Sangat pelik apabila ahli perniagaan yang sedang dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sangat marah kepada
bekas pengurus perhubungan Ambank Berhad, Joanna Yu Ging Ping yang tersilap hantar akaun bank Datuk Seri Najib ke Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Hubungan terlebih akrab dari biasa antara Jho Low dan Joanna turut mengundang persoalan wujudnya komplot jahat diantara kedua mereka untuk menganiaya Datuk Seri Najib.

Joanna akui setiap tindakannya bersama Jho Low ke atas akaun tersebut tidak mendapat pengesahan Datuk Seri Najib.

Tan Sri Shafee berjaya buktikan ketika soal balas kepada Joanna mengenai permintaan Jho Low untuk menukar nama akaun Datuk Seri Najib.

Cheah dan Joanna yang hanya telan bulat bulat arahan Jho Low tanpa mendapat pengesahan dari DS Najib.

Joanna seterusnya bersetuju bahawa DS Najib tidak pernah memberi apa-apa arahan berkaitan penukaran/penambahan nama akaun tersebut

Terang lagi bersuluh membuktikan Datuk Seri Najib dinafikan perbicaraan yang adil. Najib gagal singkirkan Gopal Sri Ram, gagal saman Ambank, gagal masukkan bukti transaksi keluarga Zeti dan Jho Low.

Tanpa aura Bossku PRN Johor Melaka tak mampu UMNo dibawa Zahid dan Tok Mat dapat kemenangan besar..!!

Aura Bossku dari dalam penjara pun boleh tewaskan Mahathir dan Brother Anwar Bin Ibrahim Zahid Hamidi yang berada tampuk penguasa negara..!!

Anonymous said...

Kerajaan minoriti PH hanya memperolehi 11% undi Melayu. Sebuah kerajaan yg sangat rapuh dan tidak punyai majoriti. Kalau org Melayu lancarkan mogok atau boikot maka akan runtuhlah kerajaan minoriti ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails