Tuesday, June 07, 2022

Jangan hadir Festival Bon Odori & The Hood Man.

 

1. Jangan hadir Festival Bon Odori

SUNGAI BESAR: Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak menyertai program Festival Bon Odori yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini kerana ia mengandungi unsur agama lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, kajian yang dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati program itu mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.

"Kita nasihatkan kepada semua orang Islam supaya tidak sertai program ini. Ada banyak lagi program lain yang boleh disertai," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) di Rancangan Tanah Belia 1, Sungai Panjang, di sini.

Idris berkata, pihaknya memberi penjelasan itu untuk memastikan tidak timbul kekeliruan dan salah faham.

"Kita kena sayang agama kita. Oleh yang demikian, JAKIM sebagai pihak penyelaras menasihatkan umat Islam supaya tidak sertai program seperti ini.

"Bukan sahaja program seperti ini, malah program apa apa sahaja yang membabitkan soal agama," katanya. 


2. 'The Hood Man' sudah beri maklumat, JAKIM sedang siasat 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (tengah) memotong riben simbolik Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) di Rancangan Tanah Belia 1, Sungai Panjang - Foto NSTP/Amirul Aiman Hamsuddin

SUNGAI BESAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjaya menghubungi 'The Hood Man' atau Abdullah yang menyalurkan maklumat berkaitan isu loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia yang didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, maklumat yang diperoleh daripada lelaki terbabit akan disahkan untuk tujuan siasatan kes berkenaan.

"Beliau (Abdullah) sudah dapat dihubungi dan maklumat yang diberikannya akan dijadikan satu bahan tindakan terhadap sesiapa yang pernah terbabit dalam kes itu.

"Setakat ini, kita telah gantung syarikat itu (lesen loji sembelihan TFI Lobethal)," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) di Rancangan Tanah Belia 1, Sungai Panjang, di sini.

Media sebelum ini melaporkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99 mendedahkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh loji sembelihan TFI Lobethal, Australia yang mendapat kelulusan dari badan induk halal, JAKIM.

Susulan itu, kerajaan berusaha menjejaki Abdullah bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keselamatan Abdullah, Idris percaya ia tidak mempunyai sebarang masalah kerana Australia adalah negara yang menekankan hak kepenggunaan.

"JAKIM tidak berkompromi mengenai isu halal yang merupakan aspek penting dalam makanan dan minuman kepada penduduk Islam di Malaysia.

"Setakat ini, kita tidak dengar mengenai penyelewengan dilakukan pegawai-pegawai JAKIM dalam soal halal.

"Ini 'clear' dan ada menganggap JAKIM rumit disebabkan kita mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebab jaga makan minum orang.

"Disebabkan itu, (Bahagian) halal JAKIM dihormati di peringkat dunia," katanya.

.....

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah,  Menteri JPM di (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad tegas.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

3 comments:

Anonymous said...

Hanya pempmpin bodoh bodoh otak berkarat 22 tahun saja yang daulatkan bahasa Inggris.

Perdana Menteri mahu mendaulatkan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia dengan pelbagai perancangan dan strategi, ada segelintir begitu sinis dan kuat menentang. Kumpulan yang berkiblatkan Barat dan sekular ini mengatakan ia langkah kebelakang, membawa negara menjadi mundur.

Anonymous said...

Apasai pesta jepun ni buat kat malaysia. Dulu jepun jajah negara kita. Dulu jepun bunuh ramai orang melayu. Dulu jepun rogol gadis melayu. Apeke jadah sekarang nak buat pesta mereka kat sini.

Anonymous said...

Kat ppinang legasi komunis. Kat selangor parti liberal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails