Friday, November 26, 2021

Tentera China ceroboh ruang udara M'sia, AP PAS bantah, DAP bisu?

 

KUALA LUMPUR: Pencerobohan ruang udara Malaysia oleh 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China pada 3 Jun lalu mesti dipastikan tidak berulang demi menjamin keselamatan negara.

Malah, kenyataan jurucakap Kedutaan China bahawa pesawat tentera negara itu menikmati kebebasan penerbangan berlebihan di ruang udara yang relevan menurut undang-undang antarabangsa adalah sukar diterima.

Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang merujuk Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) malah turut menyanggah alasan dikemukakan pihak negara China itu.

Beliau menyuarakan demikian ketika bangun mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 melibatkan Kementerian di peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, Parlimen di sini kelmarin.

“Perkara 58(1) dan Perkara 88 (menyatakan) sebarang kebebasan untuk bergerak ruang udara digunakan itu untuk keamanan dan penerbangan komersial. Jadi tujuan ketenteraan itu sukar untuk diterima,” bidasnya.

Gesanya, kerajaan perlu memanfaatkan Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia sebagai platform rundingan dalam menjamin keselamatan negara sesuai dengan fungsi ia diwujudkan.

Iaitu beritahunya, melindungi, mempromosi dan memelihara kepentingan Malaysia dan serantau berkaitan tiga tonggak utama ASEAN terutamanya dalam isu politik dan keselamatan di platform ASEAN.

Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) turut menyuarakan isu serupa berkenaan peraturan baharu China di mana menetapkan semua kapal asing yang memasuki Laut China Selatan perlu berdaftar dengan pihak berkuasa negara itu.

“Saya berpandangan dalam isu ini bahawa Kerajaan Malaysia seharusnya kekal dengan pendirian bahawa sebarang perundangan negeri persisiran atau peraturan seharusnya tidak bercanggah dengan hak navigasi dan penerbangan antarabangsa. 

“Tuntutan mengetepikan prinsip maritim dan bercanggah dengan perundangan termasuk di Laut China Selatan mengundang ancaman serius terhadap kebebasan negara kita.

“Dalam butiran ini, Anggaran Perbelanjaan 2022 berjumlah RM1,880,400 adakah mencukupi bagi melaksanakan pelbagai usaha advokasi peringkat antarabangsa yang perlu komitmen tinggi dan penglibatan yang sangat jitu serta berfokus? 

“(Iaitu) melalui pelan-pelan penyusunan diplomasi bagi memastikan kedaulatan negara kita terus terjaga dan terpelihara daripada pencerobohan negara asing.

“Saya juga mohon pihak Kementerian Luar Negeri bersama kementerian lain mengumpul data kerugian hasil pendapatan negara khusus dalam industri perikanan dan eksplorasi petroleum akibat pencerobohan negara asing dalam perairan negara kita,” gesanya. – HARAKAHDAILY 25/11/2021 SUMBERIZWAN ABDUL HALIM

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tentera China ceroboh ruang udara Malaysia, AP PAS bantah. DAP bagaimana, diam membisu?

Lihat sebelum ini..

Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

2 comments:

Anonymous said...

Dap suka tu. Tanda tiada semangat malaysia.

Anonymous said...

Syabas dan tahniah kepada parti Islam kerana bersikap tegas terhadap pencerobohan rejim komunis China yang sedang menindas, menyiksa dan membunuh umat Islam di China dan menceroboh Malaysia.

Seperti biasa anjing-anjing kurap tempatan berdiam diri tidak menyalak jika tuan china komunis mereka melakukan jenayah terhadap umat Islam dan Malaysia.

Anjing-anjing ini adalah pengkhianat yang sangat berbahaya kepada negara kita kerana mereka boleh menikam kita dari belakang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails