Thursday, November 25, 2021

Muzik terlalu kuat, 63 ayam mati serangan jantung

 

Pesta perkahwinan tradisional India yang menampilkan muzik rancak, persembahan bunga api, tarian dan pancaragam dipersalahkan sebagai punca kematian 63 ekor ayam. - Foto AGENSI

BHUBANESWAR, INDIA: Pesta perkahwinan tradisional India yang menampilkan muzik rancak, persembahan bunga api, tarian dan pancaragam dipersalahkan sebagai punca kematian 63 ekor ayam.

Ranjit Kumar Parida berkata, pesta berkenaan dimeriahkan dengan muzik terlalu kuat sehingga dapat didengari di ladang ayamnya yang terletak di Odisha sebelum tengah malam Ahad lalu.

"Saya meminta pengendali kumpulan muzik itu untuk memperlahankan bunyi kerana terlalu bising dan menakutkan ayam saya.

"Namun, mereka enggan mendengar dan seorang rakan pengantin lelaki memarahi saya," katanya kepada AFP.

Seorang doktor veterinar memaklumkan Parida bahawa ayam-ayamnya mati akibat serangan jantung dan dia kemudiannya membuat laporan polis selepas penganjur majlis enggan membayar pampasan.

Profesor Zoologi, Suryakanta Mishra, yang menulis buku berkaitan kelakuan haiwan berkata, bunyi terlalu kuat boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan burung.

"Ayam dikawal oleh irama yang dipengaruhi cahaya semula jadi atau kitaran cahaya siang dan malam.

"Keseronokan atau tekanan secara tiba-tiba akibat muzik yang kuat boleh mengganggu jam biologi mereka," kata Mishra.

Bagaimanapun, selepas campur tangan pihak polis, penganjur majlis bersetuju untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan pemilik ayam juga sudah menarik laporan. - AFP

4 comments:

Anonymous said...

Barua Tun Mahathir Mohammad dendang filem lama ala ala kisah 1MDB.

8 Dis 2021 rayuan bossku didengar di mahkamah. Untuk menimbulkan persepsi fitnah jijik sambil menburukkan imej bossku barua Tun dendang filem lama kisah ala ala Jho Low 1MDB...

Beau Willimon, pencipta siri TV thriller politik terkenal versi AS “House of Cards”, bakal menghasilak siri baru mengenai kisah Jho Low dan skandal 1MDB.
Siri ini berdasarkan buku “Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World” yang ditulis Tom Wright dan Bradley Hope.
Siri yang belum diberi tajuk ini juga akan diterbitkan bersama oleh SK Global, yang membiayai filem blockbuster “Crazy Rich Asians”.
“Ia adalah kisah mengenai ketamakan dan penipuan kewangan, dan sindiran sosial yang komedi,” kata CEO bersama SK Global, John Penotti dan Charlie Corwin dalam satu kenyataan.

Dalam filem tu tak pulak ditunjukkan penyamun lesap dan jadi beruang. Lebih mengelikan hati filem itu tidak pula menunjukkan controller paymaster seperti tugas tugas seoeang Gabenor Bank dilakonkan melesapkan puluhan juta duit ke dalam akaun keluarga.

Kikikiki... Barua Tun cuba timbulkan persepsi fitnah jijik sambil meruntuhkan imaj bossku...

Sekiranya 8 Dec mahksmah memutuskan membebaskan bossku dari tuduhan fitnah jijik kartel kerala Tun Mahathir maka Mslaysia perlu bersedia yang Bossku akan diangkat menjadi PM kali ke 2.

Amin

#lingkupboboimelingkuplahTun

Anonymous said...

MCA menang sambil terkinja kinja di majority Melayu tapi hilang deposit di kawasan kaum sendiri..!!

Tatkala MCA meraikan kejayaan parti itu memenangi dua kerusi DUN, sebenarnya ianya adalah suatu muhasabah kepada mereka, UMNO dan juga orang Melayu secara keseluruhannya.

MCA memenangi dua kerusi DUN, iaitu di Machap Jaya dan Kelebang. Kedua-dua kerusi ini adalah kawasan majoritinya pengundi Melayu.

MCA kalah teruk di kesemua kerusi majoriti pengundi Cina, malah hilang wang deposit di dua kerusi majoriti Cina tersebut kerana gagal meraih jumlah undi minimum. MCA hilang deposit di DUN Bandar Hilir dan Kota Laksamana.

MCA perlu berambos dikawasan Melayu. Kalau nak dihormati kena menang di kawasan kaum Cina.

Anonymous said...

Rakyat sedia maklum, nyawa ph ialah pada fitnah. Konspirasi besar besaran guna modal besar. Dapat kuasa cara yg tidak telus. Isu IMDB perlu dirungkai. Babitkan najib, gabenor bank negara dan pm ke 4 dan 7. Zaman pm 4, hakim yg telus telah dipecat. Seorg mufti juga dipecat. Andai tiada pecatan, wewenang adalah terbatas, malah mungkin design utk capai untung peribadi atas dasar jawatan adalah zero. Hasil siasatan dapat beri kepuasan cara mana waris atok kumpul harta billion rm, pada masa yg sama umat melayu tidak capai dasar ekonomi baru dan wawasan 2020. Umat melayu masih setaraf masa merdeka pada ketika org korea dan jepun sudah jauh lebih maju. Seolah olah pimpinan hanya bekerja untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kepentingan umat melayu. Khazanah yg sepatutnya berada pada umat melayu sekitar 30% di akhir DEB tidak tercapai, kerana peratus ini berlegar dlm kalangan pimpinan. Bayangkan sasaran itu telah bertukar hak milik. Atok anak beranak beroleh khazanah bernilai billion rm. Begitu juga ramai kepimpinan yg jadi kaya raya selepas berjawatan pimpinan peringkat kebangsaan hingga serendah peringkat cawangan.

Anonymous said...

Mca cunning. Pandai pinta dan dapat terus tikam belakang. Bela wartawan yg berbahasa inggeris semasa menteri minta diwawancara dlm bm. Bn kena bijak bukan kena pijak. Agihan kerusi atur semula biar pengundi melayu dapat kepuasan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails