Sunday, November 21, 2021

L.G.Eng salahkan jentera kempen PH lemah. Termasuk 'barua'nya?

 

Jentera kempen PH lemah, antara punca kekalahan di Melaka

SANDAKAN: Kelemahan jentera kempen Pakatan Harapan (PH), antara punca pakatan itu gagal memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perkara berkenaan diakui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan berkata, kelemahan jentera kempen itu harus diperbaiki.

Katanya, peratusan keluar mengundi yang rendah turut menjadi faktor kekalahan PH semalam.

"Dari segi jentera, kita lemah dan itu adalah sesuatu yang harus kita perbaiki.

"Faktor yang penting ialah peratusan keluar undi kali ini sudah turun sebanyak 20 peratus daripada 85 peratus kepada 65 peratus.

"Perkara inipun mempengaruhi keputusan kerana sekiranya peratusan undi dapat ditingkatkan 15 hingga 20 peratus ia sudah cukup membolehkan kita menang," katanya pada sidang media dalam Konvensyen Biasa DAP Sabah, di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, persempadanan pilihan raya turut menjadi faktor kekalahan mereka.

"Persempadanan pilihan raya yang tidak adil memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) sungguhpun mereka hanya menang undi popular 38 peratus.

"Selain itu, larangan berceramah dan bertemu pengundi seperti kebiasaan turut menjadi faktor kekalahan PH," katanya.

Beliau berkata, pihaknya melihat empat kerusi dimenangi DAP sesuatu yang sangat ikonik.

"Jumlah majoriti kemenangan di empat kerusi berkenaan sangat besar dan kekalahan di empat kerusi yang ditandingi pula sangat rendah majoritinya.

"Sekurang-kurangnya 6,000 hingga 11,000 majoriti di empat kerusi yang kita menang.

"Empat kerusi yang kita kalah pula majoriti agak tipis iaitu di antara yang paling kecil 131 hingga 1,000 lebih," katanya.

PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi yang ditandingi dalam PRN Melaka, semalam.

Prestasi PH dilihat jatuh merudum kerana pada pilihan raya sebelum ini PH memenangi 15 kerusi di negeri berkenaan.

Mengenai PRN Sarawak yang bakal berlangsung pula, Guang Eng berkata, ia pasti sesuatu yang mencabar kepada PH.

"Itupun akan jadi cabaran yang amat keraslah, kerana kalau kita lihat apa yang berlaku dekat Melaka tentu mereka akan berusaha untuk hadkan calon bersemuka dengan pemilih, dengan pengundi.

"Lagi teruk kerana banyak rumah panjang di kawasan pedalaman kita langsung tak dapat pergi dan capaian internet pun kurang. Saya rasa panjat pokok pun tak boleh dapat," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah, kalau berjaya, itu kepintaran bos, kalau gagal 'kesalahan jentera' termasuk baruanya. Ya, nama pun barua pecacai upahan, dibayar.. mana boleh lebih dari bos!

Kesian pembelot Islam, di dunia pun sudah bangsat dihina, apa lagi di akhirat. Kembalilah...

Sila lihat..

Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.

1 comment:

Anonymous said...

Muktamad, saya tak mahu tanah, kediaman itu – Bossku

Bossku menegaskan keputusannya adalah muktamad untuk tidak menuntut tanah daripada kerajaan sebagai manfaat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri.

Bossku sebaliknya menggesa Menteri Kewangan menjual tanah dilaporkan bernilai RM100 juta yang sebelum ini telah dimohonnya itu, selain wang diperolehi disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, dana RM100 juta yang diperolehi boleh dimasukkan dalam satu tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa sebarang faedah atau kos perkhidmatan.

“…(Ini boleh diberi) kepada mereka yang sudah lama meminta i-Citra dinaikkan dari RM5k (RM5,000) ke RM10k sekiranya Menteri Kewangan masih tidak mahu meluluskan kenaikan had pengeluaran KWSP ini.

“RM100 juta boleh memanfaatkan 20,000 penerima dengan nilai RM5k seorang,” katanya di ruang komen hantaran di Facebook bossku yang menggesa Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menaikkan had pengeluaran i-Citra daripada RM5,000 kepada RM10,000.

Isu fitnah jijik 100 jota bossku selesai dan tamat. Period

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails