Saturday, November 27, 2021

Insentif RM1,200 setahun penarik beca & Hiwalah. PP kaya boleh begitu?

 

1. Pengayuh beca diberi insentif RM1,200 setahun

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan memberi nafas baru kepada golongan pengayuh beca memandangkan pengangkutan tradisional tersebut menjadi salah satu tarikan pelancong.

Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, pihaknya melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC) melaksanakan pelbagai usaha ke arah itu.

Katanya sehingga sekarang terdapat seramai 27 pengayuh beca yang masih aktif di sekitar kawasan tarikan pelancongan di bandar Kota Bharu.

Bagaimanapun kata beliau kebanyakannya berumur lanjut, namun masih meneruskan pekerjaan terbabit demi kelangsungan hidup keluarga mereka.

“Kita akan cuba memberi nafas baru, kita sudah ada model dua buah beca dan kita akan tambah lagi dua beca.

“Kita bagi peluang kepada anak-anak muda dan generasi baru yang tidak pernah menaiki beca.

“Jadi saya mengsyorkan belia-belia kita yang berminat, usaha ini sudah bermula cuma kita ingin menguar-uarkan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan sara hidup kepada kepada 27 penarik beca siri kedua di perkarangan pejabat Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di sini semalam.

Sebanyak RM1,200 diberikan kepada setiap penarik beca yang berdaftar dan bayaran dilakukan sebanyak dua fasa. Fasa 1 dilakukan pada Mei lalu sebanyak RM600 bagi meringankan beban mereka.

Md Anizam juga berkata, bagi meringankan golongan tersebut kerajaan negeri memulakan inisiatif dengan mengubahsuai beca kepada enjin motor yang menggunakan tenaga elektrik daripada bateri.

“Selain itu sumbangan atau bayaran wang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk insurans jika ada kemalangan dan sebagainya kepada pengayuh beca. Jadi kita harap dapat meringankan beban mereka.

“Meskipun sudah lanjut usia mereka masih gigih mencari rezeki. Kita sudah ubahsuai dengan bateri, jadi mereka tidak penat sangat,” katanya. HARAKAHDAILY 26/11/2021

2. Pelaksanaan Hiwalah menjamin hak wanita teraniaya

KERAJAAN, melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sentiasa menjunjung tinggi prinsip keadilan dan kepatuhan kepada hukum syara’ bagi membela dan memperkukuh institusi kekeluargaan.

Dalam melaksanakan perkara tersebut, kerajaan akan mengambil segala langkah yang perlu dalam memastikan setiap yang berhak, akan menerima haknya seperti yang termaktub dalam hukum syariah Islam.

Terkini, dalam memastikan hak nafkah dan mut’ah bekas isteri serta anak-anak tidak diabaikan oleh seorang bekas suami atau bapa, Mahkamah Syariah akan menguatkuasakan perintah Hiwalah, iaitu melaksanakan pemindahan wang atau hak milikan melalui akaun bank atau institusi kewangan bekas suami atau bapa yang culas dalam pemberian nafkah, untuk digunakan bagi melunaskan tuntutan nafkahnya. 

Bagi melaksanakan perkara ini, kerajaan telah meminda Jadual 11 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002, dan telah mewartakannya pada 10 Febuari 2021.

Melalui pindaan tersebut, perintah Hiwalah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah di mana-mana peringkat boleh dilaksanakan oleh institusi kewangan, berdasarkan kepada peruntukan undang-undang berkuatkuasa.

Pelaksanaan Hiwalah ini bukanlah semata-mata untuk menghukum bekas suami atau bapa yang culas dalam melaksanakan tuntutan nafkah, sebaliknya merupakan suatu tindakan yang bersifat mendidik supaya bekas suami atau bapa tersebut tidak culas dan menunaikan tanggungjawabnya yang ditetapkan oleh syara’.

Tindakan itu juga bagi memastikan keadilan buat bekas isteri serta anak-anak yang terkesan akibat pelanggaran, atau kecuaian pembayaran nafkah ini supaya mereka dapat menerima hak mereka. 

Kerajaan akan terus melakukan inovasi dan penambahbaikan bagi memastikan keadilan buat semua pihak. Iltizam kami, supaya institusi kekeluargaan di Malaysia akan terus kukuh dan mampan demi pembangunan keluarga Malaysia yang lebih holistik, serta mampu mewujudkan keharmonian dalam komuniti, serta negara yang tercinta.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 22/11/2021

SUMBERUSTAZ AHMAD MARZUK SHAARY

1 comment:

Anonymous said...

Rules Of Low Kerala. Rules Of Law celah mana Tun pakai..!?

Tun Dr. Mahathir Mohamad diminta memahami terlebih dahulu Kanun Prosedur Jenayah sebelum membuat komen berhubung isu layanan berbeza pelaksanaan undang-undang antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

http://chedet.cc/?p=3584

Dalam tulisan Che Det The Rule of Law bekas Perdana Menteri itu mempersoal mengapa Najib tidak menjalani hukuman penjara dan denda walaupun setelah beliau dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah menyebut, ‘Penggantungan Pelaksanaan Sementara Menantikan Rayuan’ yang berbunyi:

“… mahkamah bawahan atau hakim boleh menangguhkan pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menantikan rayuan dengan syarat-syarat mengenai jaminan membayar wang atau melaksanakan atau tidak apa-apa perbuatan atau pengenaan apa-apa hukuman yang dijatuhkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh mahkamah bawahan atau hakim itu.”

“Berdasarkan kepada asas-asas yang diberikan di dalam permohonan peguam Najib inilah maka Hakim Datuk Mohd. Nazlan memberikan Penggantungan Pelaksanaan kepada beliau pada 28 Julai 2020,”

Fitnah Dr. Mahathir, Najib bersalah dan perlu menjalani hukuman, tetapi Najib dilayan seperti orang tidak bersalah, tidak membayar denda atau dipenjara. Keistimewaan itu diberikan kepada Najib bila ia tidak diberikan kepada Anwar atau mana-mana pesalah lain dan ia sangat jelas peraturan undang-undang tidak dikenakan sama rata.

Situasi sama turut berlaku ke atas Anwar apabila dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.

Peguam Anwar juga memohon supaya beliau diberikan Penggantungan Pelaksanaan dan diterima oleh hakim.

“Maka Anwar juga boleh terus bebas walaupun setelah dijatuhkan hukuman dan hanya menjalani hukuman setelah hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

“Oleh itu, apa yang berbeza di dalam layanan terhadap Anwar dan Najibnya? Malah, bukan setakat mereka berdua, ramai lagi telah diberikan Penggantungan Pelaksanaan..!?

Rules Of Law Kerala digunakan semata mata ikut selera Che Det untuk Che Det dan terpakai untuk Che Det demi cita cita dan fitnah jijik Che Det. Mana mana rules of law yang tidak memenuhi rules of law Che Det tidak terpakai untuk Che Det dan kroni..

Dalam kes barua betina Kartel Kerala bernama Zety dan keluarga barya dan juga Jho Low yg lesap tah ke mana sambil Jho Low tepuk tangan saksikan kebodoh bangangan pemimpin Melayu yang telah berjaya di baruakan oleh DAP@LeeKwanYew Rules Of Law Che Det ialah ber diam bisu dan katakan pada seluruh dunia 'Saya Tak Tahu'

Ini lah ciri ciri pemimpin acah acah power Melayu Islamik yang patut dilingkupkan PRU 15 nanti.

Barua DAP@LeeKwanYew sila beramboss


Barua DAP@LeeKwanYew wajib melingkup terusss dari Tanah Melayu..


#adalaguadalagi

oopsss itu hasgtag GV.. kikiki

#lingkupBoboiMelingkupTunMahathir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails