Tuesday, November 23, 2021

4 tan ketum dirampas,. Perlukah wujudkan 'ketum untuk perubatan'?

 

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintendan Azhar Hashim (dua kiri) bersama Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Asisten Komisioner Rosman Kasman (dua kanan) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas sepanjang penugasan Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia-Thailand. - Foto NSTP/ Zuliaty Zulkiffli

4 tan ketum dirampas di sempadan M'sia-Thai

BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 merampas 4,003 kilogram (kg) daun ketum yang dianggar bernilai RM120,870 sepanjang penugasan Op Benteng COVID-19 di sempadan Malaysia-Thailand membabitkan Kedah dan Perlis antara 24 Oktober lalu hingga semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 3, PGA Briged Utara Superintendan Azhar Hashim, berkata dalam tempoh sama, pihaknya turut menahan enam pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand berumur 25 hingga 60 tahun di kawasan Bukit Kayu Hitam.

Turut ditahan sepanjang penugasan itu ialah seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun yang menceroboh pagar sempadan di kawasan Keretapi Tanah Melayu (KTM), Padang Besar, Perlis.

"Batalion 3 berjaya merekodkan 15 kes terutama membabitkan aktiviti penyeludupan daun ketum terutama di kawasan Wang Kelian, Chuping dan Padang Besar di Perlis.

"Kita juga dibantu Unit Berkuda dan Pasukan Gerakan Udara PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang terbukti berjaya mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan negara apabila hanya ada satu kes sahaja yang berlaku di kawasan rondaan unit ini," katanya dalam sidang media, hari ini.

Azhar berkata keadaan itu jelas membuktikan kerjasama antara pelbagai unit yang melakukan pengawasan berjaya mengurangkan aktiviti penyeludupan di sempadan terutama di kawasan 'hotspot' yang dikenal pasti.

Mengulas mengenai modus operandi penyeludup ketika ini, beliau berkata sindiket kini beralih ke kawasan berbukit di Wang Kelian dan Padang Besar bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Sindiket dah tukar taktik apabila di Kedah hanya membabitkan penyeludupan pendatang asing dan di Perlis lebih kepada menyeludup ketum terutama di Wang Kelian disebabkan kawasan berbukit tinggi kerana itu kita perlukan Unit Berkuda yang boleh memasuki kawasan hutan, kebun dan kawasan berbukit," katanya.

Beliau berkata kesemua pendatang asing yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1956/63.

– BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan bazirkan daun ketum, jadikan ketum untuk perubatan. Baik untuk diabetes dan lain-lain?

Afghanistan dan Aceh, adalah negara pengeluar ganja di dunia yang penduduknya beragama Islam. Setakat ini tidak jelas bagaimana pengedarannya, samada dari segi agama atau perundangan negara masing-masing.

Kini Thailand mengumumkan model ladang ganja di tapak semaian milik Pertubuhan Farmaseutikal Kerajaan (GPO) di Nong Yai yang disahkan sebagai ladang ganja pertama negara, di bawah piawaian GAP, Jabatan Pertanian Thai. Iaitu ladang ganja untuk tujuan perubatan.

Maka ianya memberi laluan kepada negara yang sedang berbisnes ganja secara gelap bertukar kepada berterang-terangan, mengkut peraturan. Maka disinilah peluang jadi pengusaha ganja 'halal' dari sudut agama dan perundangan antarabangsa, seperti negara Afghanistan dan Aceh Indonessia.

Kalau di Malaysia ada bisnes 'daun ketum', bolehkah dipertingkatkan ke arah daun ketum untuk perubatan? Diperkenalkan di peringkat antarabangsa seperti ganja dan lain-lain juga? Jangan sampai negara lain buat dulu, baru nak ikut. Mampulah Malaysia mulakan, sila buat kajian tubuh Insttitiut Ketum Negara?

Warga Kemboja itu tidak memahami bahasa tempatan dan bekerja lebih 6 bulan di ladang seluas 1.5 ekar itu.
Ketum, pokok halal, daunnya haram..
Kebun ketum dalam sawah.
Kedah rampas tanah dijadikan ladang ketum -Mukhriz

1 comment:

Anonymous said...

Kat german ada juice ketum utk kesihatan. Tapi kat malaysia juice ketum dihina kerana diambil mudharatnya oleh segelintir umat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails