Monday, March 15, 2021

Dilabel pelacur politik, PAS hantar surat

 

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA TERENGGANU: PAS akan menghantar surat kepada Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dalam masa terdekat bagi menzahirkan kekesalan terhadap kenyataan yang melabelkan PAS sebagai 'pelacur politik'.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat parti semalam sebagai menyatakan tindakan itu tidak wajar berikutan hubungan baik antara PAS dan UMNO yang terjalin dalam Muafakat Nasional (MN).

"Parti mempunyai saluran dan mesyuarat MN juga berjalan dua minggu sekali, selain mempunyai platform untuk membincangkan pelbagai isu tetapi menggunakan media secara terbuka menyerang rakan di dalam MN tidak sewajarnya berlaku.

"Saya melihat isu ini pandangan peribadi bukan mewakili parti pun, cuma kedudukan dia itu agak tinggi sebab itu kita ambil perhatian, kalau ahli biasa, kita buat tak tahu.

"Tetapi bila penasihat, dia (Ku Li) kena jadi penasihat bukan 'punahsihat', jadi bila penasihat harus jadi penasihat namun daripada segi hubungan (dalam MN), saya rasa tidak terjejas sebab itu bukan pendirian parti tetapi pandangan peribadi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Razaleigh yang melabelkan PAS sebagai 'pelacur politik' yang perlu ditewaskan pada Pilihan Raya Umum (PRU) dalam wawancara dengan sebuah portal berita.

Terdahulu, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menyempurnakan Majlis Undi Perdana Kerja-kerja Dibawah Peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu Siri 1/20 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.(BH)

Lihat sebelum ini.. 

Seruan Presiden PAS: Merdekakan Perlembagaan!

"Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya."

IHtv

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails