Sunday, October 18, 2020

Pancung kepala guru yang tunjuk kartun Nabi.. Wajarkah?

 

Polis Perancis berada di luar sekolah menengah yang menjadi lokasi seorang guru sejarah dipancung semalam. (Gambar AP)

Remaja 18 tahun disyaki pancung kepala guru tunjuk kartun Nabi

PARIS: Seorang lelaki berusia 18 tahun yang lahir di Moscow dan berasal dari Chechnya di selatan Rusia, disyaki memenggal kepala seorang guru Perancis menunjukkan kartun Nabi Muhammad kepada pelajarnya, kata sumber kehakiman pada Sabtu.

Lima lagi suspek ditahan di luar Paris pada Jumaat berhubung pembunuhan itu, termasuk ibu bapa seorang pelajar di sekolah guru itu bekerja.

Sumber yang tidak mahu dinamakan berkata, ini menjadikan keseluruhan 9 suspek ditahan setakat ini.

Menurut sumber, kedua-dua ibu bapa yang ditahan itu memberi isyarat tidak bersetuju dengan keputusan guru terbabit menunjukkan kartun berkenaan.

Suspek lain yang ditahan untuk soal siasat ialah ahli dalam lingkaran sosial suspek, tetapi bukannya ahli keluarga.

Penyerang itu ditembak polis dan maut akibat kecederaan dialaminya. Dokumen pengenalan diri ditemui pada mayatnya.

Perancis berdepan satu siri gelombang keganasan Islam sejak serangan keganasan pada 2015 ke atas majalah satira Charlie Hebdo dan sebuah pasar raya Yahudi di Paris.

Pendakwa raya anti-keganasan Perancis berkata, mereka menganggap serangan itu sebagai “pembunuhan dikaitkan dengan organisasi pengganas”.

Serangan itu berlaku di pinggir Paris kira-kira 5 petang berhampiran sekolah menengah di mana guru itu bekerja di Conflans Saint-Honorine, kawasan pinggir bandar di barat laut, kira-kira 30km dari pusat bandar.

Pembunuhan itu mempunyai ciri “serangan pengganas Islam”, kata Presiden Emmanuel Macron ketika melawat tempat kejadian.

Polis berkata, mangsa ialah guru sejarah yang baru-baru ini menunjukkan kartun Nabi Muhammad sebagai sebahagian daripada perbincangan dalam kelas mengenai kebebasan bersuara.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Diangkat dari komen-komen Ibnu Hasyim sebelum ini..

1. Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditutup?

Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.
Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!
Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?
Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?
However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insultsLagi di sini.
Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....
...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.
Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.
Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.
Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.
Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.
Di angkat dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html

2. Komen Blog Ibnu Hasyim sebelum ini.
 
Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. 
Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. 
Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak. (2MA)

4 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya sebilangan orang kafir Di Eropah dan AS yang kononnya menghormati kebebasan beragama adalah kepala bapak hipokrit yang mengamalkan double standard terhadap Islam dan umat Islam.

Mereka menghormati hak kebebasan agama kafir dan puak kafir sambil menindas agama Islam dan menafikan umat Islam.

Species kafir harbi roket dan khadam munafik liberal mereka juga menganut Islamophobia.

Anonymous said...

Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku mendengar Abu Abdillah berkata: “Barangsiapa yang mencerca Nabi SAW atau menjatuhkan maruah Baginda, sama ada orang Islam atau bukan Islam, maka mereka hendaklah dibunuh. Aku berpendapat bahawa dia perlu dibunuh tanpa perlu disuruh untuk bertaubat.” Lihat al-Sarim al-Maslul `ala Syatim al-Rasul (1/9).

Anonymous said...

Jumhur ulama telah sepakat hukuman mati untuk orang-orang yang telah menghina Nabi Muhammad S.A.W. :

Al-Khattabi berkata: “Aku tidak tahu mana-mana ulama Islam yang khilaf mengenai wajibnya membunuh orang yang mencerca Nabi SAW.”

Anonymous said...

Menteri Kehakiman Mesir Dipecat Kerana Menghina Rasulullah S.A.W.

Sinar Harian bertarikh 15 Mac 2016, memetik laporan Press TV perihal pemecatan Ahmed al-Zind, 70 tahun, daripada jawatan Menteri Kehakiman Mesir.

Punca pelucutan jawatan berkenaan berpunca gara-gara tindakan Ahmed al-Zin yang mengeluarkan kenyataan berbaur persendaan kepada Rasulullah SAW.

Beliau dilaporkan menyebut bahawa dia akan memenjarakan mana-mana individu yang didapati bersalah tidak terkecuali Rasulullah SAW.

Ucapan ini telah disiarkan secara langsung dalam siaran televisyen Mesir dan telah mengundang kemarahan dan bantahan umat Islam Mesir.

Di Malaysia bagaimana ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails