Tuesday, October 20, 2020

Lagi masalah air S'gor, Sultan zahirkan dukacita..

 

Sultan Selangor dukacita masalah gangguan bekalan air dihadapi rakyat

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacitanya dengan keluhan dan nasib rakyat yang berhadapan masalah gangguan bekalan air ketika sedang bergelut dengan wabak COVID-19.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Muhamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata Sultan Sharafuddin pada 8 Sept lepas telah menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berhubung masalah gangguan bekalan air yang sering melanda Selangor.
"Dalam surat berkenaan baginda telah memberikan nasihat serta beberapa syor dan pandangan untuk mengatasi masalah bekalan air bersih tetapi nampaknya tidak memberi kesan kerana masalah sama terus berlaku dan berulang sehingga menyusahkan rakyat yang Sultan Sharafuddin kasihi," katanya.
Menurut Muhamad Munir, sejak 2009 Sultan Sharafuddin telah beberapa kali menulis surat kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor agar masalah air tidak dipolitikkan dan diatasi segera kerana ia adalah keperluan asas kehidupan rakyat.
Terdahulu, sejumlah 1,196,457 akaun pengguna Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah empat Loji Rawatan Air Sungai Selangor dihenti tugas ekoran pencemaran sumber air mentah.
Dalam pada itu, Muhamad Munir berkata Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa bimbang baginda terhadap peningkatan kes positif COVID-19 di Selangor dan seluruh negara sejak kebelakangan ini.
"Oleh itu baginda menyeru agar rakyat terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak ingkar dengan arahan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.
Menurut Muhamad Munir, Sultan Selangor amat menghargai usaha doktor dan jururawat yang bersungguh-sungguh memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.
"Oleh yang demikian janganlah membebankan petugas barisan hadapan kerana baginda mendapat tahu terdapat ramai rakyat yang masih tidak mematuhi arahan dan melanggar SOP yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata Sultan Sharafuddin turut menasihati rakyat untuk terus berada di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan mendesak selain sentiasa memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.
"Baginda turut meminta individu yang pernah ke lokasi berisiko atau kawasan dikategorikan sebagai zon merah hendaklah melaporkan segera kepada pusat kesihatan terdekat untuk melakukan saringan dan tidak menyembunyikan status kesihatan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Hibur Hibur Sikit:H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.

15 comments:

Anonymous said...

BAKAL CALON PM PILIHAN TUN MAHATHIR SHAFIE APDAL PUNCA JANGKITAN COVID-19 SABAH MENCANAK NAIK.

Rakyat Sabah khasnya dan Malaysia amnya, jangan sama sekali lari daripada fakta, bahawa penyebab jangkitan covid-19 Sabah mencanak naik kerana impak PRN ke-16 Sabah.

Mengapa PRN Sabah berlaku? Kerana Shafie membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai, 2020, kerana enggan menyerahkan kuasa selepas kehilangan sokongan majoriti ADUN Sabah.

Shafie degil, mempertahankan 'bukan' hak dia. Sudah lah Shafie merampas kuasa pada 12 Mei, 2018. Yang merampas SANGGUP MATI berbanding menyerahkan semula hak tersebut.

Berdepan kedegilan tersebut, pemimpin yang berhak (Tan Sri Musa Aman) menggunakan mahkamah mencabar kesahihan pembubaran, bertujuan supaya PRN tidak berlaku, kerana boleh mengancam nyawa rakyat.

Namun sama degil seperti mentornya Tun, Shafie dibantu para peguam beliau termasuk Peguam Besar Negeri Sabah, agar PRN diteruskan, kerana pembubaran DUN adalah kuasa TYT Sabah, dan Shafie mempergunakan kedudukan beliau dalam Perlembagaan Negeri.

Musa bersama 32 ADUN sehingga 11 September, 2020 sehari sebelum penamaan calon yang ditetapkan SPR, masih merayu di Mahkamah Persekutuan, agar PRN Sabah ditangguhkan, kerana alasan yang sama, iaitu boleh menyebabkan peningkatan jangkitan covid-19 selain PRN itu tidak perlu, kerana penggal ke-15 DUN Sabah masih berbaki 3 tahun.

Kini, apa yang menjadi ketakutan Musa dan 32 ADUN yang menyokong beliau menjadi kenyataan, jumlah jangkitan covid-19 di Sabah terus meningkat, malah kematian berlaku setiap hari kerana virus pembunuh tersebut.

Sekiranya Warisan Plus memenangi pilihan raya negeri Sabah lalu, mereka tidak akan menyentuh isu pandemik berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka, hari ini kita dapat melihat pemimpin Warisan Plus dan Pakatan Harapan (PH) sewenang-wenangnya menuding jari termasuk pemimpin veteran Tun Mahathir, Lim Kit Siang dengan mudah menyatakan PN yang ingin menggulingkan Presiden Warisan, Shafie Apdal, sedangkan Shafie yang bubarkan DUN Sabah.

Usaha berterusan DAP, Tun untuk mengelirukan rakyat, Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, berkeras menyatakan pilihan raya negeri Sabah berpunca daripada Musa Aman dan PN.

Selagi politikus usang dan hodoh masih menghiasi politik Malaysia tak akan maju. Sejarah tak pernah menipu hanya sang fitnah jijik yg suka berbohong dan politikus hodoh saja yang snggup buat kerja kotor dan menipu sepanjang hayat.

Anonymous said...

Kebanyakan punca gangguan bekalan air ialah pencemaran sumber bekalan air mentah, sumber bekalan air mentah ialah Sungai atau dengan kata lain pencemaran Sungai, pengurusan sungai dibawah Kawalan Jabatan Alam,Sekitar (JAS), JAS dibawah krmenterian yang diterajui Tuan Ibrahim Tuan Man.. jadi kepada penyokong PAS x usahlah galak sangat menyalahkan kerajaan negeri, isu air adalah keperluan asas rakyat kementetian MEWA kenalah lebih proaktif melalui Jabatan Alam Sekitar memantau sungai2 bukan sahaja dilembah kelang bahkan seluruh negara, entah kenapa sejak PN ni Makin kerap terjadi pencemaran sumber air mentah.. Apakah kerana kurang pemantauan? Atau seronok jadi kerajaan terlupa buat kerja?

Anonymous said...

Sultan selangor murka kat kerajaan ph sebab air. Tapi sultan kelantan tak pulak murka kat pas sebab air.

Anonymous said...

Kata presiden pkr, kerajaan ph pengurusannya hebat dan wajar dipilih sebagai kerajaan. Kena kencing jer. Nak belanja dron rm 2juta. Bijak presiden bermain dengan nombor. Betul2 hebat pengurusan mengencing ph. Masalah timbul tiap2 saat setiap kali ph bersuara atau lebih tepat berkokok.

Anonymous said...

Selangor patut blaja urus tadbir air mcm klate. Baru sultan x murka.

Anonymous said...

Huiii..masalah timbul tiap2 saat?
Mmg tggi ilmu ko ni. Ilmu membongak!

Anonymous said...

Sekejap ada, sejekap tiada!

Apa exco2 Pakatan Hancing/DAP Selangor telah buat? Tido ka?

Anonymous said...

Diorg ikut cadangan menteri mewa. Tadah air ujan

Anonymous said...

Ph bukan buat kerja pun. Main nombor macam presiden. No ada, senarai tiada. Air ada, boleh gunanya tiada. Duit ada, beli dron di udara. Sultan ada, tapi murka. Muka macam bijak, bijak fitnah. Idea smart, untuk melingkup rakyat.

Anonymous said...

Isu besar macam ini pun tak boleh selesai. Siasat kilang, ada kemungkinan pemiliknya penyokong dap. Suka hati kumbah kat sungai. MB selangor pun kecut teloq kat dap dan eng guan dan bapanya. Nayalah kat rakyat Selangor. Guna air kumbahan najis ....... Ada rasuah ker.

Anonymous said...

Bukan rakyat jer kena kencing, sungai pun kena kencing.

Anonymous said...

Selangor kena contohi pengurusan air klate. Baru mantap!

Anonymous said...

Hairan bin ajaib, dah kerap tiada air pun orang2 Melayu Selangor sering mendewa2kan pemimpin2 kapir DAP mereka?

Anonymous said...

Benarkah sistem pemantauan COVID-19 kerajaan negeri Selangor sudah menjadi caca merba?

Kini timbul pula masalah air, sekejap ada sekejap tiada?

Aduh... bertimpa2 bala diturunkan Allah kepada rakyat Melayu Selangor yang telah memilih KAPIR2 sebagai pemimpin2 mereka buat sekian lama!

Anonymous said...

Melayu slgor mcm melayu klate. Sokong pemimpin mereka. Mslh air tu kes kecik je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails