GEORGE TOWN: ADUN PAS Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah membidas skeptikal ADUN DAP Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit yang menyatakan kononnya Pembangkang hanya tahu membangkang.
Chris nyata tandus idea apabila dilihat bangkit mencelah semata-mata untuk mengganggu ucapan perbahasan ADUN tunggal PAS itu pada Sidang DUN Pulau Pinang, di sini semalam.
“Pembangkang bukan hanya sekadar membangkang, tetapi kalau ada pembangunan untuk kebaikan bersama dan kebaikan rakyat, maka kita akan sokong dan minta ianya ditambah baik,” hujah Mohd Yusni.
Sebaliknya tegas beliau, jika pembangunan itu merosakkan ekosistem yang boleh menyebabkan pencemaran dan kemudaratan, maka beliau akan membangkangnya seperti projek Zon Industrial Agrocultural (ZIA) di Penaga.
Malah sebelum itu beliau menyuarakan supaya kerajaan negeri menambah baik beberapa insfrastruktur di DUN Penaga untuk memenuhi keperluan rakyat dan mengatasi masalah sedia ada.
Antaranya lampu isyarat di simpang tiga Pasir Gebu yang menjadi laluan utama ke pekan Kepala Batas yang sering sesak di waktu puncak dan menyebabkan kemalangan.
Juga permintaan menaik taraf gelanggang futsal di Kampung Guar Tuan Syed kepada dewan tertutup agar dapat digunakan dengan sebaiknya oleh golongan belia dan penduduk sekitar.
Ucapan perbahasan ADUN PAS tunggal di negeri dikuasai DAP ini bukan kali pertama dicelah dengan gangguan seperti itu di mana pada tahun lalu Ustaz Yusni pernah berdepan tujuh penjuru.
Ketika itu beliau bukan sahaja diasak ADUN Kerajaan, bahkan juga EXCO, Timbalan Ketua Menteri II dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sendiri tidak termasuk celahan dua ADUN Pembangkang dari Umno. – HARAKAHDAILY 16/10/2020
3 comments:
Betul kata bang non, ramai yg mental. Buktinya fitnah yg berleluasa di kalangan rba.
Pas kekal bersih. Tapi dengan ph baru 22 bulan dah bertimbun kes rasuah. Lebih parah ada kes rogol dan liwat. Rosak aqidah dengan liberal dan avengalist. Ini fakta bukan fitnah.
Hanya 22 bulan memerintah hampir hancur negara dikerjakan Pakatan Hancing/DAP? Habis semua digadai dijual?
Nasiblah kerajaan Najib telah meninggalkan kepok2 perbendaharaan yang penuh berisi!
Post a Comment