Tuesday, October 20, 2020

Dr Kamariul Zaman, DAP Pertikai Agung? DAP Dah Melampau Nampaknya..

 

DAP mula pertikai Yang di-Pertuan Agong?

DALAM tulisan beliau bertajuk ‘Apakah hari-hari Muhyiddin akan berakhir?’ (‘Are Muhyiddin days numbered?’), Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, menulis begini:

“Anwar telah tidak diberikan peluang saksama untuk membuktikan majoriti ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong…”

(“Anwar has not been given the fair opportunity to prove this majority before the Yang di-Pertuan Agong…”)

Bukankah Yang di-Pertuan Agong telah memberikan peluang seluas-luasnya untuk Datuk Seri Anwar membuktika Bn majoriti ini sewaktu majlis mengadap beliau pada 13 Oktober lalu?

Bukankah, mengikut Istana Negara, Datuk Seri Anwar sendiri yang memilih untuk hanya mengemukakan jumlah tetapi tidak senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau?

Bukankah, mengikut pelbagai tulisan yang disebar oleh para penyokong beliau, Datuk Seri Anwar sengaja tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Parlimen tersebut sebagai satu strategi?

Mengapa pula DAP kini kelihatan mula menyalahkan Yang di-Pertuan Agong kerana kononnya telah tidak memberikan peluang saksama untuk Datuk Seri Anwar membuktikan majoriti ini?

Tulisan Dr P Ramasamy boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/145582732146661/posts/3451025001602401/

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 20/10/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP dah melampau nampaknya..

Hibur Hibur Sikit:H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.

5 comments:

Anonymous said...

Semacam ada usaha mahu memburukkan Raja2 Melayu @YDPA pula?

Mereka sangat licik berlindung disebalik undang2? Harap pihak polis dapat siasat!!!


Anonymous said...

Apa lg. Report polis la!

Anonymous said...

Elok siasat sebab tommy dah tiada.

Anonymous said...

Prof ni bukan ker yg ada kaitan dengan ltte. Jika ya, akan ada agenda visi dan misi ltte. Simpton tu. Tiap2 simpton perlu ditangani sebelum besar dan jadi barah. Bila dah barah, susah nak diselamatkan.

Anonymous said...

Betulkah ada rasis dari negara ini yang telah pergi ke Thailand untuk bersama2 kaum mereka disana, bersatupadu bersama2 berdemontrasi menghasut rakyat asli Thai supaya membenci raja mereka.

Bayangkan dengan hanya berjumlah 15% sahaja chauvisits ini berjaya menghasut rakyat asli Thai untuk membenci raja mereka. Bukan itu sahaja mereka juga telah sekian lama menguasai politik dan ekonomi rakyat Thailand?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails