Wednesday, October 07, 2020

Ekoran Berak di N9 Najis S'gor, 2 lelaki ditahan.

 

Pencemaran Sungai Batang Benar, 2 lelaki ditahan

CHERAS: Polis menahan dua lelaki semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Batang Benar, dekat Nilai, Negeri Sembilan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata suspek berusia 20-an dan 30-an itu ditangkap di Kota Bahru, Kelantan.

"Kita baru tangkap dua lelaki tengah hari semalam. Beri kita masa jalankan siasatan, kita tidak mahu terburu-buru atau tergesa-gesa.
"Ini isu sensitif, kita tidak mahu ada unsur kecuaian dalam hal ini," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Ahad lalu, loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas susulan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Langat, yang menjejaskan 309,605 akaun, sejak jam 4.30 petang.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada aktiviti pencucian secara besar-besaran di kawasan reban itik dan angsa di tepi Sungai Pajam, serta Kawasan Perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan.

Sebanyak 46 daripada 274 kawasan yang terbabit dengan gangguan air berikutan henti tugas dua LRA berkenaan sudah menerima bekalan air sepenuhnya, pada jam 6 pagi tadi.

Lihat sebelum ini..



4 comments:

Anonymous said...

Secara budayanya, sungai2 biasanya terletak dibelakang rumah, atau rumah2 dibina dengan membelakangkan sungai2. Disitulah kebisaanya sisa kumbahan rumah atau bangunan akan berakhir, atau akan menjadi tempat pembuangan sampah sarap, hampas2, lampin anak2, juga mayat2 atau segala macam bende2 lain.

Ianya sangat berbeza dengan budaya dinegara2 maju yang meletakkan sungai2 dihadapan rumah2 atau bangunan2 mereka. Sungai2 mereka juga sangat dipelihara dan budaya ini telah diajar sejak anak2 mereka masih dibangku sekolah lagi.


Anonymous said...

Bila terjadi masalah air Tak kiralah diselangor atau kelantan atau mana2 negeri di Malaysia sebabnya bukan kerana negara Kita tiada air, masalah air timbul kerana pengurusan air yang tidak cekap atau Kita rasa stok air Kita cukup.. betul Kita banyak sumber air Cuba hitung berapa tasik Kita Ada, berapa natang Sungai Kita punya.. bandingkan dengan singapura, pengurusan sumber perlu diberi perhatian.. tertarik Juga dengan idea penuaian air hujan, idea bagus tapi rasanya lebih baiklah Kita tingkatkan kuantiti air bersih dari sumber Sungai Dan tasik yang Kita Ada.. berbelanjalah berpuloh billion pun Untuk menghasikan air bersih rakyat Tak marah.. rakyat marah bila Wang negara dijadikan hak milik peribadi pemimpin atau dengan kata lain dicuri spt kes 1MDB.. Tak taulah kalau menteri dari PAS bersetuju dengan penyelewengan 1MDB..

Anonymous said...

Air cukup. Yg merosakkan ialah apek2 yg buang kotor dlm sungai dlm kuantiti raksasa. Duit penting banding masyarakat sekitar.

Anonymous said...

Perlu dinyatakan juga penternak babi juga pernah mencemari air sungai dengan najis babi sehingga boleh mengancam atau memusnahkan ekosistem sungai dan mencemari air untuk kegunaan domestik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails