Thursday, August 13, 2020

Ustaz rogol/liwat pelajar? Kembalilah Kepada Sistem Perundangan Islam.

 MUHAMMAD Nursalam didakwa lima pertuduhan merogol dan meliwat pelajar berusia 14 tahun. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Ustaz didakwa rogol, liwat pelajar

SEORANG ustaz sekolah menengah agama didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini terhadap lima pertuduhan merogol dan meliwat pelajar berusia 14 tahun, pada Julai dan Ogos.

Tertuduh, Muhammad Nursalam Hazeman, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Rosly Mohamed Nawi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa merogol remaja berusia 14 tahun pada 3, 10, 17 dan 24 Julai di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat, 2.30 petang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii pada 3 petang di lokasi sama pada 1 Ogos.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Mahkamah menetapkan 13 September sebagai tarikh sebutan semula kes.(MyMetro)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Salah satu cara untuk mengurangkan jenayah-jenayah seperti di atas ialah dengan kembali melaksanakan sistem perundangan Islam di negara ini. Maka menjadi tugas setiap umat wajib membantu dan menyokong mana-mana badan, jamaah, pertubuhan atau parti politik yang membawa atau menginspirasi perjuangan ke arah itu. Allahu akbar!


Hibur Hibur Sikit

7 comments:

Anonymous said...

Ustad tak faham hukum agama ke...Ini dah digoda syaitan dan ikut hawa nafsu sarakah...

avanza5990 said...

wowwwww hebat blog ni. sembang bukan main. dah tu paksa la tok alim mung buat hudud cepat sikit. senang nak potong kemluan

Anonymous said...

Bila nak laksanakan hudud??

Anonymous said...

Hoi RBA bodoh berlapis-lapis cukup-cukuplah kamu berlakon wayang opera berpura-pura konon mahu Hudud dilaksanakan tetapi boss kafir harbi kamu sendiri menolak dan menentang ajaran Islam termasuklah Hudud.

Rakyat sudah tahu puak kafir harbi DA-Pigs, RBA dan khadam munafik liberal suka kencing rakyat dengan pelbagai janji palsu, fitnah, pembohongan dan U-turn.

Anonymous said...

Bila nak laksanakan hudud dan ruu355??
Xkan smpi skrg pun salah Dap lg??

Unknown said...

Ni semua fitnah,ni ustaz sy

Anonymous said...

laporan polis kedua telah dbuat oleh murid berlainan... juga berusia 14 thn, rakan kpd mangsa pertama... juga terdapat 3 - 4 org murid lg yg jugs d ganggu srcara seksual oleh syaitan yg sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails