Monday, August 10, 2020

Takiyuddin bacakan surat campur tangan Tun M, Guan Eng dalam kes taikun hartanah


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, mendakwa ada salinan surat menunjukkan campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan dan bekas peguam negara yang mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan ketika menggulung usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin mendedahkan beberapa salinan surat membabitkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Guan Eng dan Tan Sri Tommy Thomas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2018 dan tahun lalu.

"Saya nak sebut satu kes, Tan Sri Lim Soon Peng, dia terbabit dalam penggubahan wang haram daripada 1MDB sebanyak RM4 juta tetapi apabila dia dihadapkan oleh SPRM, beliau meminta peguamnya membuat surat representasi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 20 Oktober 2018 semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

"Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh Perdana Menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad) pada masa itu. Minit itu berbunyi, 'saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Tan Sri Lim (Soon Peng).

"Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan'. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop perdana menteri," katanya. (BH)

3 comments:

Anonymous said...

HENDAK TIDUR TIDUR LAH MATA
ESOK JANGAN PULA LAYU LAYUAN
NAK SONGKIT SONGKIT SEMUANYA
BIOR TOKONG RASA TAK KERUAN


KIKIKIKIKI...


BIOR WALAUN RASE TAK KERUAN
NAK SONGKIT SONGKIT SEMUANYA
BIO BERPINAU MATA LIM ENG GUAN
APAK ANAK MENANTU MENCIPAN ROYAN NYA


KIKIKIKIKI... HAAH TEPOKK

Anonymous said...

Burung Nuri suka terbang,

Hinggap dipokok minum nira,

Kerajaan roket telah tumbang,

Negara selamat rakyat gembira.

Unknown said...

Subhanallah..takbir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails