Saturday, August 15, 2020

Rasuah RM3.7 juta ; Bekas SU(S) Kanan B/Menteri&Tunang, Di Reman.

 Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang bekas menteri bersama tunangnya, direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan. - Foto Luqman Hakim Zubir Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang bekas menteri bersama tunangnya, direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan. - Foto Luqman Hakim Zubir

Bekas Setiausaha Sulit Kanan bekas menteri, tunang direman 5 hari

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada seorang bekas menteri bersama tunangnya, direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3.7 juta berkaitan projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman terhadap kedua-dua suspek bermula hari ini sehingga 19 Ogos selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini.

Suspek lelaki berusia 29 tahun dan pasangannya berusia 28 tahun dibawa ke mahkamah pada jam 10.15 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga.

Lelaki terbabit yang menghilangkan diri sejak 10 Jun lalu, ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Dia dikehendaki SPRM berhubung satu siasatan kes rasuah mengikut mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009, membabitkan wang RM3.7 juta daripada syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan.

Pada 27 Julai lalu, SPRM mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan terbabit atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Media melaporkan, tertuduh, Ibrahim Omar, 48, seorang pengarah syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan mengemukakan dokumen dan invois palsu bagi mendapatkan tender Tourism Malaysia.

Semua dokumen itu digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan tender 'Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia' secara 'request for proposal' bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.

Hibur Hibur Sikit

3 comments:

Anonymous said...

Siapa bohong Si lidah bercabang atau Agong..!?

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam ucapan Tuanku semasa pembukaan Parlimen telah memberitahu bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Tuanku untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Tuanku telah cuba memujuk Mahathir untuk tarik balik surat perletakan jawatan itu tetapi Mahathir enggan.

Mahathir, pula, memberitahu Parlimen yang dia TIDAK letak jawatan.

Jadi Siapa yang bohong? Siapa lidah bercabang..!?

Mahathir atau pun Agong?

Anonymous said...

Yang bohong Takinyudin ..mati2 Tak mengaku PAS berselingkuh dengan UMNo dah jadi menteri dapat puloh ribu sebulan..baru ngaku jadi promoter sejak 2015..

Anonymous said...

Lebai pas mangkuk ckp xpe. Wajib bohong demi kemaslahatan..
So lembu2 pasumno blh disembelih anytime. Kah355

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails