Saturday, August 29, 2020

BN pertahan DUN Slim, majoriti 10,945 undi

Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini. Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

SLIM RIVER : Barisan Nasional (BN) menerusi calonnya, Mohd Zaidi Aziz, mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Mohd Zaidi meraih 13,060 undi menewaskan dua calon Bebas iaitu Amir Khusyairi Mohamad Tanusi (2,115 undi) dan Santhara Sekaran Subramaniam, yang memperoleh 276 undi.

Mohd Zaidi yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu memperoleh majoriti 10,945 undi berikutan 68.4 peratus keluar mengundi daripada 23,094 pengundi keseluruhan, dengan 327 kertas undi pula ditolak.

Keputusan penuh PRK DUN Slim itu diumumkan Pegawai Pengurus pilihan raya, Shamsul Ridzuan Idris di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim di sini, sebentar tadi.

Turut mengiringi kemenangan calon BN malam ini adalah pemimpin utama parti termasuk dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS.

Selain Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon serta Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

Kemenangan itu menyaksikan BN berjaya menambah majoriti undi yang mereka peroleh pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu.

PRK Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong, Pahang selepas mengadu kesukaran bernafas.

Pada PRU-14, Mohd Khusairi mempertahankan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim, dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Suhu kemenangan calon BN dirasai sejak lewat petang tadi selepas bilik gerakan utama BN mula bergema dengan laungan sorakan kemenangan calon mereka.

Berdasarkan perjalanan sepanjang hari mengundi hari ini, tidak ada sebarang kekecohan berlaku di 12 pusat mengundi, dengan sebahagian besar pengundi keluar mengikut waktu mengundi digalakkan.

SPR sebelum ini menasihatkan 22,749 pengundi biasa PRK DUN Slim supaya keluar mengundi mengikut waktu digalakkan, bertujuan mengelakkan pengundi berkumpul dalam jumlah ramai dan seterusnya memastikan penjarakan fizikal ketika berada di pusat mengundi.

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN SLIM :

Amir Khusyairi Mohamad Tanusi : 2,115 undi

Mohd Zaidi Aziz : 13,060 undi

Santhara Sekaran Subramaniam : 276 undi

Majoriti : 10,945 undi

% keluar mengundi : 68.4 peratus

Undi ditolak : 327

6 comments:

Anonymous said...

Keputusan tak rasmi PN mendahului dengan majority 13 ribu. Kiraan masih berlansung masa ini

Anonymous said...

Hadiah terindah buat cucu Atuk yang kaki TODI tu!

Anonymous said...

Isu Najib yang dipenjara puluhan tahun nampaknya tidak memberi kesan kepada rakyat2 yang semakin bijak memilih PN!

Adakah ini menandakan rakyat MUNGKIN sudah tidak lagi percaya kepada cerita tersebut?

Anonymous said...

Propaganda sampah ciptaan Pee H pimpinan gonna end dan RBA telah gagal 100% kerana majoriti rakyat yang telah dikencing oleh Pee H dan RBA merasa sangat kecewa dan marah pada Pee H sekarang.

Jika PRU15 diadakan sekarang, Pee H akan kalah sangat teruk !!!

Anonymous said...

Eng guang pakar bohong. Keparat. Atok pun belum insaf. Bohong jugak. Pejuang pujawang. Atok selalu hina bangsa melayu kerana atok datang dari kerala.

Anonymous said...

Rakyat menolak peju-wang !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails