Sunday, August 09, 2020

Naiktaraf industri kreatif menjadi ekonomi kreatif.


  nasyid popular Raihan menerima kunjungan daripada Ratu Elizabeth, satu ketika lalu.

HALAMAN HIBURAN

Harapan untuk industri nasyid negara Kerajaan mahu adakan anugerah nasyid peringkat kebangsaan dan antarabangsa

KL: Kerajaan dalam usaha menaiktaraf industri kreatif menjadi ekonomi kreatif bersetuju untuk mempromosikan semula nasyid yang sebelum ini pernah mewarnai industri kreatif negara.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah, kerajaan bercadang untuk menganjurkan anugerah nasyid peringkat kebangsaan yang bermutu dan berprestij.


Katanya, anugerah nasyid peringkat kebangsaan yang bakal diadakan itu diharap menjadi pembuka pintu untuk Malaysia menganjurkan anugerah nasyid peringkat antarabangsa supaya Malaysia dapat terus menjadi ‘home of contemporary nasyid‘.

“Pada minggu lalu, saya telah ada mesyuarat dengan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan kita telah bersetuju supaya kita mempromosi semula nasyid dan insya-Allah kita akan menganjurkan anugerah nasyid peringkat kebangsaan
yang betul-betul bermutu dan berprestij.

“Dengan izin Tuhan, mudah-mudahan setahun selepas kita menganjurkan anugerah nasyid peringkat kebangsaan yang baharu itu atau yang diberi nafas baharu kepada yang telah sedia ada selama ini, kita mengadakan anugerah nasyid peringkat antarabangsa.

“Malaysia sudah pun dianggap oleh dunia luar sebagai, ‘the home of contemporary nasyid’. Ini bukan panggilan yang kita mendakwa tetapi panggilan yang diberikan oleh peminat-peminat nasyid di seluruh dunia. Kita akan cuba memartabatkannya,” ujar Saifuddin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan celahan Dato’ Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dalam sesi penggulungan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, kelmarin. – HARAKAHDAILY 6/8/2020

Hibur Hibur Sikit. Pilihan..

Album 1 

Album 2

Album 3

E-Buku IH-130: Hibur Hibur Sikit. Pilihan..

E-Buku IH-130: Hibur Hibur Sikit. Pilihan..

1 comment:

Anonymous said...

Menteri kewangan kerajaan Malaysia mendedahkan rahsia KERAjaan PH:

https://youtu.be/ShYUpOWUsPs

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails