Monday, August 10, 2020

Guan Eng akan akan didakwa lagi pagi ini

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Foto arkib NSTP Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Foto arkib NSTP

BUTTERWORTH: Pengamal media mula berkumpul sejak 6.30 pagi untuk menunggu bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dijangka dihadapkan di Mahkamah Sesyen di Butterworth, hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan Guan Eng akan didakwa di mahkamah di Pulau Pinang pada hari ini.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dijangka dituduh mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Prosiding kes itu dijangka selepas jam 11 pagi.

Dalam pada itu, DAP sebelum ini meminta semua penyokong parti itu supaya tidak berhimpun di sekitar bangunan mahkamah, kecuali pemimpin kanan bagi menyatakan sokongan moral kepada Guan Eng.

Pengamal media berkumpul sejak jam 6 pagi bagi mengikuti pendakwaan terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Mahkamah Butterworth. - Foto Danial Saad Pengamal media berkumpul sejak jam 6 pagi bagi mengikuti pendakwaan terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Mahkamah Butterworth. - Foto Danial Saad

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir di Mahkamah Butterworth di sini, akan didakwa bagi pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa bersangkutan dengan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang berjumlah RM6.3 bilion. - Foto Danial Saad Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir di Mahkamah Butterworth di sini, akan didakwa bagi pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa bersangkutan dengan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang berjumlah RM6.3 bilion. - Foto Danial Saad

Sementara itu, hanya empat wartawan dan enam jurugambar serta jurukamera dibenarkan masuk ke mahkamah.

Jumaat lalu, bekas Menteri Kewangan dan Setiausaha Agung DAP itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Guan Eng ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Suapan itu balasan sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang. (PH)

8 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah menteri kewangan kerajaan Malaysia mendedahkan rahsia peguam negara KERAjaan PH.

https://youtu.be/ShYUpOWUsPs

Anonymous said...

Jika pak jib pun kena penjara, gonna end pun tidak akan terlepas kerana Bamboo River sedang menunggu kedatangan gonna end.

Maka RBA akan meraung menangis hiba kerana bekalan dedak cap roket akan berkurangan.

Ha ha ha ha ha 100x .....

Anonymous said...

Penyokong2 Pakatan Hancing dan KHADAM2 DAP aka PAN dikatakan sangat BERSEDIH HATI bila mana anak godfather pujaan mereka didakwa diatas pelbagai kesalahan dimahkamah?

Mereka mula memfitnah kerajaan Din Pagoh, benarkah?

Anonymous said...

Kes rasuah banglo murah LGE yang mana pariah2 dan pallas2 telah melakunkan watak2 TERKEJUT PERLU dibuka semula dan ianya WAJIB dipercepatkan!

Lakunan2 TERKEJUT oleh pariah2 dan pallas2 didalam sistem perundangan lansung tidak boleh diterima akal sama sekali!

Anonymous said...

Alhamdulillah. Padan muka lge.laki bini perasuah. Semoga kekal la pasangan najib dan lge duduk dalam penjara serta neraka bersama.
Kami pas satu satunya parti islam berlandaskan alquran dan sunnah menentang babi2 perasuah. Merosakan negara

Anonymous said...

Yg ni lawak...ha355x..
Keje nak tunggang agama je lembu2 ternakan Pasumno ni ..kuah355

cik minah said...

Penjilat juboqq tak basuh Gian End dah kehabisan hujah. Terusskan meroyan. Kesian.

Unknown said...

Alhamdulillah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails