Wednesday, August 12, 2020

Bincang isu Jawi: Pertemuan Sihat PAS-GERAKAN. Al-hamdulillah!

 

KUALA LUMPUR: PAS dan GERAKAN telah mengadakan pertemuan dua hala bagi membincangkan isu berkaitan tulisan Jawi  di pejabat Parti GERAKAN di Ibu Negara, semalam.

Pertemuan ini melibatkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad dan Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong.

Kedua-dua pihak dalam pertemuan tersebut saling bertukar pendapat dan berbincang bagi menjernihkan kekeliruan dan pertembungan yang berlaku berkenaan isu tulisan Jawi.

GERAKAN menyatakan asas penolakan pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di peringkat sekolah rendah, namun bersetuju jika pembelajaran tulisan Jawi itu dilaksanakan di peringkat universiti.

Persoalan dan perbincangan mengenai Islam dan budaya kaum masing-masing turut menjadi topik yang diketengahkan dalam memahami asas serta tujuan pelaksanaan pemerkasaan tulisan jawi yang dibawa oleh pihak kerajaan.

Pertemuan tersebut juga membincangkan berkenaan keadaan politik semasa negara dan usaha boleh dilakukan oleh kedua belah pihak dalam mendepani konflik yang wujud.

Menurut Kamaruzaman, pendekatan diskusi ilmiah meja bulat seperti ini perlu disuburkan dalam mengurus pertembungan dan salah faham mengenai sesuatu isu.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Muhammad Zuhaili Saiman dan Ketua Pemuda GERAKAN, Henry Teoh Kien Hong. – HARAKAHDAILY 11/8/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akan bermulalah lagi perbincangan-perbincangan sihat di negara ini.. Insya Allah! Tidak dinafikan ruang kebebasan beragama akan lebih harmoni dan mewujudkan suasana toleransi terbaik di kalangan penganut kepelbagaian agama di Malaysia. 

Bahkan dalam Perlembagaan Perkara 3 (1) menyebutkan bahawa: “Islam ialah agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Dalam konteks Malaysia, agama mempunyai kaitan rapat dengan pengenalan kaum. Kaum majoriti adalah Melayu yang beragama Islam, diikuti kaum Cina beragama Buddha, Konfucius dan Taoisme serta kaum India yang beragama Hindu dan lain-lain. Agama Kristian merupakan agama yang sedang berkembang merentasi kaum. 

Populasi Muslim adalah seramai 60.4 peratus, manakala bukan-Islam sebanyak 39.6 peratus yang mana Kristian (9.1 peratus), Buddha (19.2 peratus), Hindu (6.3 peratus), Konfucius dan lain-lain (5.0 peratus) (Bureau of East Asian and Pacific Affairs) (Lihat Indrajit dan Logan, 2008).

Sehubungan itu, dialog antara agama merupakan salah satu konsep menjaga agama menurut Maqasid Syariah. Konsep ini adalah bertepatan dengan perintah Allah S.W.T yang menyuruh agar semua manusia kembali kepada Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T:

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ 

“Serulah (berdakwahlah) ke jalan Tuhan kamu dengan berhikmah, memberikan peringatan yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan perkara yang terbaik.” (al-Nahl: 125)

Sesuai juga dengan motto blog ini, "Sampaikan... walau 1 ayat."

Hibur Hibur Sikit

10 comments:

Anonymous said...

JOM KE BALAI BERAMAI RAMAI BUAT LAPORAN POLIS, TANGKAP DAN DAKWA TUN SEGERA SALAH GUNA KUASA SEMASA 22 BULAN JADI PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, mendakwa ada salinan surat menunjukkan campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan dan bekas peguam negara yang mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu didedahkan Takiyuddin ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Takiyuddin mendedahkan beberapa salinan surat membabitkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Guan Eng dan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2018 dan tahun lalu.

"Saya nak sebut satu kes, Tan Sri Lim Soon Peng, dia terbabit dalam penggubahan wang haram daripada 1MDB sebanyak RM4 juta tetapi apabila dia dihadapkan oleh SPRM, beliau meminta peguamnya membuat surat representasi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 20 Oktober 2018 semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

"Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh Perdana Menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad) pada masa itu. Minit itu berbunyi, 'saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Tan Sri Lim (Soon Peng).

"Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan'. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop perdana menteri," katanya.

Pendedahan Takiyudin mesti disiasat secara telus dan terperinci oleh SPRM dan PDRM kerana ini melibatkan salah guna kuasa dan pencabulan undang-undang di peringkat tertinggi.

Walaun unta kena tanya Dr Mahathir, dengar cerita parti baharu yang bakal Dr Mahathir tubuhkan tetap berpegang kepada prinsip membenteras rasuah dan salah guna kuasa, tapi pendedahan Takiyudin nie, walaun unta nak kira macam mana tu..!?

TANGKAP TUN KE MAHKAMAH SALAHGUNA KUASA SEGERA..!!

Anonymous said...

Ko dah report polis ke blm?

Anonymous said...

Mcm lebai jumpa arul kanda...
Yaa..KAMI PUAS HATI!!
x paham sepatah haram, last2 najib masuk jel

Anonymous said...

Saya berpendapat. Saya berpendapat. Saya berpendapat.saya berpendapat.

Jom lapor polis jom sbb dia tulis saya berpendapat. Hahah

Anonymous said...

Tu kesilapan kami. Pada masa tu kami pening dengan angka2 yg arulkanda tunjukkan. Dengan bahasa ekonominya lagi.. Lagipun mrk sediakan jamuan makan. Ngantuk lapar pulak tu. Last2 kami jwb puashati je lah. Dpt mkn.. Balik cepat

Anonymous said...

Puak RBA ternakan parti kafir harbi DA-Pigs Dan FITNAH berpisah tiada kerana mereka adalah kembar Siam dan tuan mereka adalah general Iblis.

Maka Kita tidak terkejut melihat mereka mencipta pelbagai fitnah untuk menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, hukum Islam, perjuangan Islam, parti Islam, ulama Islam dan umat Islam.

Cukup-cukuplah mereka kencing dengan pelbagai janji palsu, pembohongan, fitnah dll.

Anonymous said...

Kahkahkah.ko dah lama sgt jadi bodoh ni...kah355

Anonymous said...

Kahkahkah.ko RBA roket 1:54 dah lama sgt sakit mental jadi bodoh berlapis-lapis ni...kah355

Simpanlah sedikit kebodohan ko untuk keturunan ko.

Ki ki ki ki ki 500 X .

Anonymous said...

Yes. Jawi akan kembali.

Anonymous said...

Bila?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails