Thursday, June 18, 2020

Najib mohon dibebaskan, dakwa tuduhan tidak berasas

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes pindaan Laporan Pengauditan 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes pindaan Laporan Pengauditan 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin






KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menimbang untuk memohon dibebaskan daripada tuduhan meminda Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, pihaknya berhasrat mengemukakan permohonan itu berdasarkan keterangan pemeriksaan balas terhadap bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, semalam.



Beliau berkata, berdasarkan kepada pemeriksaan balas itu, laporan 1MDB masih lagi dalam peringkat draf dan belum dimuktamadkan bagi dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Katanya, tuduhan ke atas anak guamnya menyatakan kesalahan dilakukan 'sebelum' laporan itu dibentangkan kepada PAC, maka anak guamnya tidak melakukan apa-apa kesalahan yang membolehkan beliau didakwa.
"Melihat keseluruhan kes pendakwaan bahawa anak guam saya didakwa melakukan kesalahan sebelum laporan 1MDB dimuktamadkan, ia bukan satu kesalahan kerana pada peringkat itu pihak yang mengaudit dan diaudit boleh berbincang bagi mencapai persetujuan dan ia tidak memakan masa sejam atau sehari.
"Oleh itu, asas pendakwaan untuk meminda tuduhan membabitkan perkataan 'sebelum' yang dipinda kepada perkataan 'selepas' Laporan Pengauditan 1MDB dimuktamadkan, perkara itu perlu ditentukan mahkamah terlebih dahulu.
"Jika tidak, ia adalah tidak adil kepada anak guam saya," katanya.
Muhammad Shafee berkata, pihaknya menimbangkan untuk mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 173(g) Kanun Acara Jenayah dengan alasan tuduhan yang tidak berasas.
Menurut peguam itu, pihaknya membantah permohonan pendakwaan untuk meminda tuduhan terhadap Najib kerana ia boleh menyebabkan implikasi serius terhadap kes pembelaan.
Beliau berkata, dengan cadangan pindaan kepada tuduhan berkenaan, ia merubah kedudukan pihak pendakwaan dengan drastik.
Katanya, inti pati kepada pemeriksaan balas terhadap saksi ialah tiada apa yang salah dengan permintaan untuk meminda laporan audit yang belum dimuktamadkan.
Menurut peguam itu, pada awal perbicaraan, pendakwaan meminda tuduhan terhadap Najib dan Arul Kanda dengan mendakwa Najib menyalahgunakan kedudukan dan menyebabkan pindaan kepada Laporan Pengauditan 1MDB yang disediakan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, sebelum ia dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC.
"Ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen pada tahun 2018, tuduhan yang dikenakan ialah anak guam saya menyebabkan pindaan kepada laporan itu yang sedang disediakan pada Februari 2016 sebelum dimuktamadkan.
"Sekarang pihak pendakwaan mahu menyatakan bahawa laporan itu sudah dimuktamadkan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, berkata bukti yang dikemukakan setakat ini adalah asas kepada tuduhan terhadap tertuduh.
Beliau berkata, semua pihak perlu fokus kepada kesalahan yang sangat jelas berdasarkan kepada keterangan Ambrin; Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Jabatan Audit Negara, Datuk Nor Salwani Muhammad dan bekas Pengarah Audit JAN, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad.
Katanya, pihaknya merasakan bahawa tiada perubahan besar dengan pindaan terhadap tuduhan berkenaan.
"Ia sudah jelas melalui keterangan ketiga-tiga individu ini bahawa laporan itu bukan draf," katanya.
Terdahulu, dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memohon supaya tuduhan pindaan dibacakan terhadap Najib, sebelum Muhammad Shafee mengemukakan bantahan.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan pada 24 Jun ini bagi mendengar hujahan untuk meminda tuduhan ke atas Najib dan Arul Kanda.(BH)

6 comments:

Anonymous said...

Apa isunya kalau buat amendment atau revision kepada DRAF REPORT?

Nak revise 10x, 100x, 1juta x pun tak mengapa, namanya pun DRAFT!!!

Betul2 MEMBUANG MASA MAHKAMAH!


Anonymous said...

Bila nama kucing OYEN ditulis OREN, ini sah TYPO error!!!

Tapi bila tulis SELEPAS kemudian tukar SEBELUM kemudian tukar lagi, itu bukan TYPO error!!!

Itu berNIAT nak mengenakan seseorang!

Betul2 MEMBUANG MASA MAHKAMAH!

Anonymous said...

Terkini, mantan Peguam Negara telah mendedahkan bagaimana mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, telah menemui beliau dan mendakwa telah dihantar oleh Dr Mahathir untuk menjayakan konspirasi untuk menangkap dan menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, DS Najib!

Mahkamah bukanlah tempat untuk MENJAYAKAN KONSPIRASI SESEORANG YANG KEMARUK KERUSI PM!

Itu yang TIMBUL isu KONONnya typo errors!

Betul2 MEMBUANG MASA MAHKAMAH!

Anonymous said...

Nampaknya Pakatan Hancing pimpinan parti kafir Harbi DA-Pigs telah menfitnah pemimpin-pemimpin parti Islam dan parti Melayu kerana DA-Pigs dan khadam liberalnya adalah kepala bapak rasis !

Anonymous said...

Ya ya..najib x salah. Tu suma fitnah.

Jom boikot malaysiakini. Kita pakat beli Harakah

Anonymous said...

Masa permainan dah nak tamat...tapi jurulatih nak alih tiang gol...mampus le, kartun!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails