Saturday, June 20, 2020

Masjid di Makkah dibuka semula pada Ahad

Gambar fail, Masjidil Haram menjalani proses pembersihan berikutan wabak koronavirus. - Foto AFP
Gambar fail, Masjidil Haram menjalani proses pembersihan berikutan wabak koronavirus. - Foto AFP

RIYADH: Arab Saudi merancang membuka semula masjid di Makkah pada Ahad selepas ditutup selama tiga bulan akibat penularan pandemik COVID-19, lapor stesen televisyen negara itu.
Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi mengekang penularan virus khususnya di kota suci Makkah, namun jumlah kes baharu jangkitan dilaporkan meningkat sejak kebelakangan ini.



Masjid-masjid di kota suci akan mulai dibuka semula pada Ahad selepas penutupan tiga bulan akibat wabak coronavirus," lapor saluran Al-Ekhbariya yang dikelola negara itu.
Kira-kira 1,500 masjid sedang bersiap sedia untuk menerima pengunjung, lapor saluran itu, yang menunjukkan rakaman pekerja melakukan operasi nyah cemar lantai dan permaidani.
Keputusan itu dibuat beberapa minggu sebelum berlangsungnya ibadat haji dan ziarah tahunan ke Makkah.
Walaupun ibadat haji akan diadakan pada akhir Julai, pihak berkuasa negara itu belum membuat sebarang pengumuman berhubung status ibadat berkenaan.
Di luar kota Makkah, masjid-masjid di tempat lain di negara itu dibuka semula pada akhir Mei, tetapi dengan peraturan ketat yang mengenakan jarak sosial dan langkah-langkah lain.
Arab Saudi yang menjadi negara Teluk paling teruk terkesan akibat pandemik COVID-19 melaporkan lebih 150,000 kes jangkitan, termasuk hampir 1,200 kematian. - AFP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails