Wednesday, June 17, 2020

Tuntutan Palsu RM58,000.00, Kes Tahun 2019 AP Johor.


Penasihat Ahli Parlimen ditahan kes tuntutan palsu


KUALA LUMPUR: Seorang penasihat khas kepada Ahli Parlimen di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki membuat tuntutan palsu bagi projek yang tidak dilaksanakan.
Lelaki berusia 43 tahun itu difahamkan ditahan selepas diminta hadir ke pejabat SPRM di ibu negara, petang ini.


Menurut sumber, individu itu dikatakan mengemukakan dan menuntut bayaran sebanyak RM58,000.00 kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen berkenaan bagi kerja-kerja pembekalan makanan di Majlis Rumah Terbuka Peringkat Parlimen itu, yang tidak pernah dilaksanakannya.
"Tuntutan palsu dibuat dalam tahun 2019 dan dia ditahan untuk siasatan lanjut," kata sumber.
Sumber menjelaskan, siasatan dibuat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009.
"Individu ini akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi permohonan reman di bawah seksyen 117 kanun acara jenayah esok," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu tetapi tidak mengulas lanjut. (BH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails