Tuesday, June 16, 2020

Eric Paulsen Dipecat. Tahniah K'jaan PN Yang Prihatin Ke Atas Umah!


Eric Paulsen dipecat dari MPKM selepas 2 hari dilantik 

Kementerian Komunikasi dan Multimedia memaklumkan peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM).

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat kementerian itu hari ini.

"Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ingin memaklumkan bahawa peguam Eric Paulsen tidak lagi menjadi ahli MPKM.

"Bagaimanapun keputusan ini tidak akan menjejaskan fungsi MPKM, yang telah ditubuhkan pada 9 Jun 2020 yang lalu," kata kenyataan itu.

Justeru MPKM akan terus berperanan membincangkan dan menasihati kementerian dalam pendekatan dan dasar berkenaan komunikasi dan multimedia, kata kenyataan itu lagi.

Pelantikan Paulsen mula dibangkitkan Timbalan ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari pada 14 Jun lalu, yang menggesanya ditarik balik.

Gesaan itu disusuli Ketua Penerangan Pusat PAS Kamaruzaman Mohamad yang membuat gesaan sama dan menyifatkan peguam itu sebagai "terkenal dengan sikap dan pandangan yang sangat sinis terhadap Islam serta perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam."


alam, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula mempersoalkan asas pelantikan itu dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah tampil memberi penjelasan.

Asyraf mendakwa Paulsen pernah mengguris hati orang Islam dengan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Islam, antaranya mendakwa khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme pada 2015.

Turut senada dengan Asyraf ialah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen yang turut mendakwa perkara sama, iaitu Paulsen seorang yang sering mengeluarkan kenyataan menghina Islam. – Mkini


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah, kerajaan PN yang prihatin ke atas umat Islam di negara ini. Selamat panjang umur PN, insya Allah. Allahu Akbar.


7 comments:

Unknown said...

Tu pun bila pH bersuara.. Kalau senyap.. Ermmm

Anonymous said...

Pkr dan pan memang anti dengan group yg kuat hina islam. Mereka ni kuat sokong 355 supaya diluluskan.

Anonymous said...

Dulu ramai menyangka Mamat ni seorang ORANG PUTEH, rupa2nya Ah Kau je!

Jom semua peguam2 pakat ramai2 MEMBELA orang2 Urghur yang dikatakan Amerika ditindas buat sekian lama oleh rejim KOMUNIS China!

Kemudian barulah boleh bawa TITLE peguam liberty, hak asasi manusia apa jadah tu sume!

Kah..kah...kah...

Anonymous said...

Bagus PEMUDA2 PAS dan UMNO ni, terus lantang!

Mana PEMUDA2 Bersatu? Jangan lah berhati TISU?

Anonymous said...

Tahniah dan syabas kepada kerajaan PN. Kita akan sokong dan undi PN dalam setiap PRK dan PRU.

Unknown said...

Maharaja lawak mana nišŸ¤£šŸ¤£šŸ¤£

Anonymous said...

Eric tak salah yang salah menteri yg lantik eric... PRU15 nanti elok pengundi melayu kasi simen terus menteri ini.

Menteri ni dari dulu main wayang kulit..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails