Thursday, June 18, 2020

Gelang Patah kena 'tawan'. Pandangan Ibnu Hasyim, Masalah 'Muhajirin".

KEHADIRAN pendatang asing di sekitar Gelang Patah menimbulkan kebimbangan penularan wabak Covid-19 di kawasan itu terutamanya di kawasan perniagaan Medan Nusa Perintis 1.

ISKANDAR PUTERI: Kawasan Gelang Patah di sini, ibarat ditawan warga asing apabila deretan kedai dikuasai pendatang asing sejak lebih lima tahun lalu, sekali gus mendatangkan kebimbangan penularan wabak Covid-19.
Tinjauan di kawasan perniagaan Medan Nusa Perintis 1, Gelang Patah mendapati terdapat lebih 20 premis perniagaan atau kedai dikendalikan warga Bangladesh dan Pakistan secara terbuka.
Antara perniagaan dijalankan mereka termasuk kedai runcit, pakaian, restoran, kedai serbaguna selain kedai karpet dan perhiasan rumah.
Lebih berani, mereka turut memasang poster mengiklankan pelbagai perkhidmatan ditawarkan termasuk penghantaran pulang wang ke negara mereka dalam bahasa ibunda masing-masing, sekali gus menjadikan kawasan di situ seperti berada di negara asing.
Penduduk, Mohd Hafiz Daud, 39, berkata kewujudan deretan kedai warga asing itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk tempatan di sebalik penularan wabak Covid-19 di negara ini yang turut dikaitkan dalam kalangan pendatang asing.
"Penduduk pernah membuat aduan dahulu, tetapi isu ini tidak pernah diselesaikan.
"Sekarang dengan kebimbangan terhadap wabak Covid-19, kami berharap pihak berkuasa mengambil serius masalah ini apatah lagi kawasan ini seolah-olah menjadi tempat mereka berkumpul setiap kali waktu petang dan malam dengan kebanyakannya tidak memakai pelitup muka pun.
"Tidak mustahil kawasan Gelang Patah akan jadi lubuk wabak yang bakal meletup pada bila-bila masa jika pihak berkuasa menutup sebelah mata mereka sahaja, " katanya ketika ditemui.
Penduduk, Azizah Sapari, 47, berkata perniagaan warga asing di situ bertahan lama berikutan disokong komuniti mereka sendiri.
"Kalau orang luar datang sini mesti mereka akan panggil kawasan ini sebagai Mini Bangladesh kerana deretan kedai di sini semuanya kedai milik warga berkenaan.
"Orang kita memang tidak berbelanja di situ kerana suasana deretan kedai kotor dan sangat menjijikkan disebabkan mereka tidak pandai menjaga kebersihan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Ayub Jamil berkata, kerajaan Johor akan memastikan tidak ada lagi warga asing yang berniaga termasuk menjadi penjaja atau diambil bekerja di mana-mana pasar awam selain premis perniagaan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Katanya, tindakan tegas itu diperkasakan dengan lebih agresif selepas mengambil kira masa depan peniaga tempatan berikutan keadaan ekonomi kini yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
"Semua 16 PBT di Johor ini akan ditugaskan untuk menyemak status peniaga sedia ada serta melakukan pemeriksaan di setiap pasar awam dan premis milik PBT mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja PBT Negeri Johor.
"Peniaga warga tempatan boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya menyewa atau memberikan lesen atau permit perniagaan mereka kepada warga asing yang mahu berniaga," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Merujuk kepada berita-berita di atas, masalah pendatang atau 'penghijrah' bukan sahaja menjadi masalah dunia saja tetapi juga menjadi masalah negara ini. Di Malaysia sendiri masih ramai pekerja-pekerja dari negara tersebut tersadai di sini dan terpaksa dihantar balik. Bagaimana penyelesaiannya? Mari kita fikir-fikir sejenak secara ringkas...

Pertama:

Mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi. Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara.


(Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW.)

Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu. Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan.

Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang. Itu cara jahat penjajah-penjajah. 

Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal. Ini yang perlu difikirkan sungguh-sungguh.


Insya Allah, dengan pertolongan Allah, akan lahir manusia seperti Abdul Rahman bin Auf atau Bilal bin Rabah zaman ini, yang akan menyongsong Kebangkitan Islam Se dunia. Tapi di Malaysia hal ini perlu ditangani pemerintah negara ini dan NGO-NGO dengan sewajarnya. 

Kedua:

Saya sendiri (Ibnu Hasyim) berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain. 

Ianya ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini secara agak besar-besar dengan syarat perlu perundingan dengan negara-negara terbabit. Perundingan antara negara dengan negara, bukan individu dengan individu atau dengan geng-geng mafia. 


Boleh kita luaskan perbincangan tersebut, bila ada kelapangan. Sekian.

6 comments:

Anonymous said...

Kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke perunding yang mencaturkan pemimpin Melayu dalam PH+ untuk dilagakan dengan pemimpin PN memberitahu bahawa gandingan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya sudah pun dipersetujui oleh DAP dan Amanah serta hanya menunggu persetujuan PKR untuk ia dimuktamadkan dengan sendirinya mengesahkan tanggapan yang wujud selama ini.

Tambah Anthonyt lagi dalam bentuk gesaan, Anwar dan PKR tidak sepatutnya berlengah lagi dalam menyatakan pendirian terhadap perkara itu.

Tanpa mengambil kira bahawa Tun Mahathir sudah dua kali menjadi Perdana Menteri, berusia hampir 95 tahun, tiada parti, telah meletak jawatan dan tidak lagi berada dalam gabungan PH, kenyataan pemimpin DAP itu yang mewakili pendirian partinya dan Amanah, adalah sesuatu yang amat malang sekali bagi PH.

Ini orang tua mana ada parti lagi... dia tak ada parti dia bawak telo 2 biji goyang kanan goyang kiri maaa

DAP yang caturkan suma bijik buah dlm PH Plus Plis Pluus utk gasak dan batu api kan pemimpin Melayu pun sudah kena main laaa

Apa apa pun antara tiga puak walaun ini siapa yang kena game nanti kita tengokkan saja siapa yang kenaaa..!!

kikikikikii.. haahh tepokkk..!!

Anonymous said...

Takat Sembang ayah chik dengan makcik kiah jah rupanya.........

hamPASSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Sembang orang kampong tumbang jugak dap.

Anonymous said...

Kesian jugak pkr, madey dan nuar, dicaturkan oleh dap. Dulu dap nak caturkan ayah cik, gagal.

cikminah said...

Tiada beza antara GELANG PATAH, Johor dengan NILAI3, bisnes centre Melaka Baru or bisnes centre Atmosphere, Sri Kembangan or Sin Heap Lee, Jln Tengku A.Rahman atau mana-mana bisnes centre, seluruh Malaysua. Semua dikuasai peniaga asing, terutama Pakistan dan Bangla. Mereka jual kapet, tudung dan kain baju. Bahkan, di Rawang semua bengkel grill BANGLA dan Indon kontrol.

Kenapa Ibnu tak sibuk...?????


Pusat perniagaan Melayu pulak, geng Kempuchea dan Acheh kontrol. Kerajaan buat kedai utk Melayu, tapi semua peniaganya Kempucha dan Acheh. Tak caya, pegilah ke bandar KOYA TINGGI, Johor.

Jangan sakit hatilah.

Nak buat macam mana, kalau dah Melayu semua dididik bergantung hidup pada bantuan kerajaan. Kerajaab umno betgantung hidup pada undi Melayu. Tanggonglah mereka, selama-lamanya.

Pemimpin PAS pulak, dapat duit gadai hutan balak kat Cina, Dap dah beli Merc dan kawen 4 bini. Jadi, toksahlah sakit hati kat peniaga-peniaga asing.

Hanya mereka mampu dan sanggup sewa kedai-kedai tu. Mereka sanggup ikat perut dan bekerja keras. Sedangkan NELAYU cuma nak hidup bersenanf-senang, makan tanggong, berak cangkong.

Anonymous said...

Bukan semuanya perlu disuap. Ramai yg berdikari. Segelintir perlu bantuan. Negara ini ada perlembagaan. Jangan dihina dan dipandang rendah bangsa ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails