Monday, June 15, 2020

Dr Daroyah Rintislah! Jangan Sampai Pihak Lain Rampas Sngor?


Dr Daroyah Merintis Kejatuhan PKR Selangor?
Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

SEMALAM kita dikhabarkan Adun Sementa, YB Dr. Daroyah Alwi, yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Tindakan ini merupakan satu perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini, Dr. Daroyah bukanlah dikenali sebagai seorang pemimpin yang kontroversi.
Sepanjang dua penggal beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, beliau adalah diantara ahli politik yang amat fokus dengan kerja-kerja pembangunan masyarakat dan tidak pernah terpalit dengan isu-isu picisan mahupun sensasi.
Sosok kepimpinan Dr. Daroyah kelihatan amat menyerlah sekali apabila beliau menjawat jawatan Exco Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Masyarakat, kerana pada ketika itu, dua institusi pembangunan wanita telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor & Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor.
Hasil kerjasama para pemimpin wanita Selangor yang direncanakan oleh YB Zuraida Kamaruddin bersama YB Haniza Talha dan YB Daroyah Alwi, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan demi pembangunan wanita dan kesejahteraan masyarakat secara amnya. Fokus utama mereka adalah untuk meningkatkan kualiti hidup yang merangkumi pemberdayaan, kesejahteraan dan pembangunan wanita telah mendapat pengiktirafan hingga di peringkat antarabangsa.
Seperti biasa, kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampak tidak senang dengan pemimpin yang bekerja untuk rakyat. Agaknya Presiden Parti Keadilan dan para penyokongnya lebih senang dengan pemimpin yang hanya pandai menabur janji palsu dan bertindak sebagai lidah presiden sahaja.
Dalam satu kenyataan hari ini YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan merangkap calon Ketua Wanita Keadilan yang telah kalah dalam pemilihan parti pada tahun 2018 mengatakan bahawa kehilangan Dr. Daroyah bukanlah satu perkara penting. Beliau berkata “Setakat yang keluar tu Keadilan tak luak pun”, apabila ditanya oleh wartawan berkenaan tindakan Dr. Daroyah untuk keluar parti.
Kenyataan dangkal YB Fuziah Salleh ini, sememangnya berbeza dengan kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amiruddin Shaari, yang telah mengencam Dr. Daroyah dan menuntut untuk Adun Sementa itu meletakkan jawatan.
Menurut kenyataan media yang telah dihantar melalui laman Facebook, Dato’ Menteri Besar Selangor, mengatakan bahawa kononnya Dr. Daroyah telah mengkhianati rakyat, sedangkan apabila berbondong-bondong ahli parlimen dan adun pembangkang menyertai Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada suatu ketika dahulu, tidak pula Dato’ Menteri Besar Selangor menyebut tentang “pengkhianatan” yang telah mereka lakukan.
Dua kenyataan bercanggah dari Ahli Parlimen Kuantan dan Dato’ Menteri Besar Selangor ini menunjukkan bahawa PKR kini sedang berada di dalam keadaan terumbang ambing, hinggakan mereka tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi kepada para pemimpin mereka yang telah mengambil langkah berani untuk meninggalkan perjuangan sia-sia parti reformasi itu.
Sudah tentu Dr. Daroyah telah mengambil kira pendapat umum para pengundi beliau di DUN Sementa sebelum mengambil langkah yang amat drastik ini. Lagipun jika benar tindakan Dr. Daroyah ini tidak disukai oleh rakyat Sementa, sudah tentu 35 pemimpin akar umbi yang turut keluar parti bersama beliau tidak akan turut serta.
Pemimpin seperti YB Fuziah Salleh dan YB Amiruddin Shaari perlu lebih banyak bermuhasabah dan bertanya kepada diri mereka sendiri, sepanjang menjadi ahli parlimen dan adun, apakah jasa mereka kepada rakyat. Sehingga kini YB Fuziah Salleh masih lagi dihantui oleh penipuannya kepada rakyat Kuantan berkenaan isu Lynas dan YB Amiruddin Shaari (pada ketika itu beliau Exco Sukan Selangor) pula telah gagal untuk menguruskan pasukan bolasepak Selangor, sehinggakan pasukan rasmi negeri ini tidak lagi mampu untuk menggelarkan Stadium Shah Alam sebagai “home ground” pasukan tersebut.
Apa natijahnya, kedua-dua pemimpin yang gagal ini memberikan komen negatif kepada tindakan yang telah diambil oleh Dr. Daroyah, sedangkan mereka sendiri gagal menguruskan pelbagai masalah rakyat dalam portfolio jawatan yang mereka sandang.
Dr. Daroyah memilih untuk tidak menjadi hipokrit dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada terus berjuang bersama pemimpin Keadilan yang sudah alpa dengan motif utama perjuangan parti tersebut. PKR ditubuhkan untuk membantu membantu rakyat Malaysia, terutamanya yang miskin dan tertindas, namun kini parti itu sudah hanyut dek pergelutan kuasa antara Mahathir & Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga merosakkan negara.
Syabas dan tahniah diucapkan oleh Dr. Daroyah kerana memilih untuk menjadi ADUN Bebas dan keluar daripada kepompong PKR yang telah menjadi begitu toksik dan menyesakkan. Pemergian beliau daripada parti reformasi tersebut adalah satu kehilangan besar kepada Parti Keadilan Rakyat, walaupun tidak akan diakui oleh para pemimpin tertinggi parti tersebut. (S.Tv)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai juga yang berbisik-bisik berkata, "Dr Daroyah! Rintislah.. Jangan sampai pihak lain rampas Selangor? 

4 comments:

K.Thiru said...

Why the Dr. must leave at this very moment?????

Anonymous said...


berbeza pendapat dgn kepimpinan parti ..itu biasa. tapi keluar parti dan mungkin bersama geng kartel dan pengkianat .. rakyat akan hukum anda masa pru15 nanti. hidup mesti bermaruah sebab kita dilantik jadi pemimpin oleh parti dan rakyat yg mengundi. pemimpin tidak dilantik atas kapasiti diri sendiri tapi melalui komuniti masyarakat. nowadays, kita boleh lihat yg berpangkat Dr,Profesor dsbnya...mentaliti tahap longkang.soal maruah dan harga diri semua dibuang demi kuasa dan money.

Anonymous said...

Gubal undang2 lompat parti. Udah celaghu politik malaysia

Anonymous said...

Rakyat akan hukum PH dalam PRU 15 kerana pemimpin-pemimpin PH telah memungkiri pelbagai janji PH yang dijanjikan kepada rakyat sebelum PRU14.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails