Sunday, June 14, 2020

Apa Pun Terjadi, PH Terus Merudum Teruk..

Sejak Februari, kepercayaan terhadap Pakatan Harapan telah jatuh 11 peratus
Undian terhadap PH sebagai pakatan pemerintah telah jatuh kepada 30 peratus, iaitu penurunan 11 peratus daripada 41 peratus yang mereka perolehi dalam undian sebelum ini. - Foto fail Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sejak Februari, kepercayaan terhadap Pakatan Harapan telah jatuh 11 peratus

KUALA LUMPUR: Sejumlah 18 peratus rakyat Malaysia akan mengundi calon bebas berbanding 17 peratus pada undian asas.

Perkembangan itu sekali gus menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia yang mahukan gerakan ketiga mentadbir negara ini dan ia masih relevan.

EMIR Research dalam kajian yang dilakukannya pada 15 Januari hingga 24 Februari lalu melibatkan 2,002 responden mendapati undian terhadap Pakatan Harapan (PH) turut merudum.

“Undian terhadap PH sebagai pakatan pemerintah telah jatuh kepada 30 peratus, iaitu penurunan 11 peratus daripada 41 peratus yang mereka perolehi dalam undian sebelum ini.


“Sementara itu, Muafakat Nasional yang terdiri daripada UMNO dan PAS meningkat 14 peratus iaitu kepada 52 peratus undi pada undian terkini berbanding 38 peratus pada undian asas,” memetik laporan yang dikeluarkan EMIR Research pada Jumaat.

Laporan tersebut turut mempersoal sama ada kewujudan Perikatan Nasional (PN) yang kini membentuk pakatan pemerintah dikaitkan sebagai indikasi bahawa kebangkitan gerakan ketiga telah wujud?

Pada satu sudut, laporan itu mengiyakan persoalan tersebut lantaran sebelum kemunculan PN, hanya dua gabungan yang dibentuk di negara ini iaitu PH dan BN-Muafakat Nasional.

Bagaimanapun, laporan itu melihat bahawa ia merupakan perbandingan tidak setara ekoran pembentukan PN disebabkan oleh pertikaian politik, sementara undian asas dan undian terkini itu merujuk kepada pertukar kerajaan melalui pilihan raya umum. (AA)

3 comments:

Anonymous said...

Kumpulan aktivis Human Rights Watch (HRW) bising isu Malaysia tapi tak ada telur dalam isu Palestin.

Seperti biasa barua barua PH luar negara mula bersahut menyahut sesana sendiri. Nanti News Srraits Times Singapork media (Pusat Fitnah Malaysia) di sana, WSJ, DoJ, CNBC, Panama News, Congo News akan dijadikan rujukan tuan dan penaja barua barua mereka disini diketuai DAP melalui anjing tua celaka dan otai tua.

Hari Malaysiakini menyiarkan kononnya kumpulan aktivis Human Rights Watch (HRW) mempersoalkan tahap kebebasan media sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran dengan mendakwa bahawa pentadbiran baru Malaysia semakin kerap menyalahgunakan undang-undang bagi menyiasat dan mendakwa mereka yang mengkritik kerajaan.

Siri barua barua guling guling dan baring baring atas jalan saksi akan jadi pemula acara.

Dah duga skrip recycle semula..

Bring it on

Anonymous said...

Salah satu cara untuk MENGHENTIKAN perkauman di Malaysia? TUTUP SEMUA SEKOLAH CINA. Noktah.

Kita tidak memerlukan sekolah Cina. Untuk apa? Untuk meneruskan tradisi?

Bukankah kita sepatutnya merangkul kehidupan kita di sini di Malaysia dan mewujudkan Malaysia baru di mana kita hidup bahagia dengan SEMUA kaum lain, bergandingan tangan, dan tidak membiarkan bangsa atau bahasa memecah-belahkan kita?

Saya tidak menentang orang yang boleh berbahasa Cina, itu adalah pilihan anda. Sama seperti saya memilih untuk tidak boleh berbahasa Cina.

Tetapi, jika anda orang Malaysia, dan anda tidak boleh membina ayat Bahasa Melayu yang lancar, atau menulis surat dalam bahasa Melayu, kita tidak akan menjadi kawan baik.


Robin Wong merupakan seorang jurugambar, blogger, penulis dan content creator yang berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia

Unknown said...

Ya saya sokong tutup sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails