Monday, June 15, 2020

3 Kebodohan Tommy Thomas, Dosa Besar PH&Pelacur Politik.


Jawatan Peguam Negara di zaman PH tidak bebas


PEGUAM Negara (AG) adalah satu institusi. Bukan individu. Apatah lagi mempunyai kecondongan kepada parti tertentu.

Masalah yang berlaku hari ini berpunca apabila Tommy Thomas mengaku beliau adalah lantikan politik dan perlu ikuti tradisi UK [1]. Ada tiga kebodohan Tommy dalam isu ini.

Pertama, pengakuan itu memberi bayangan bahawa segala tindakan beliau ketika menjadi AG (termasuk pengguguran kes Guan Eng) adalah bermotif politik.
Kedua, di Malaysia AG dan Public Prosecutor adalah orang sama. Di UK, AG dan Director of Public Prosecutor (DPP) adalah individu berbeza. AG di UK tak terlibat pun dalam menentukan pendakwaan seseorang.
Dan akhir sekali, pengakuan itu telah mengubah institusi Peguam Negara yang selama ini bersifat neutral kepada sebuah jawatan yang bertujuan politik.
Sebab itu, apabila berlakunya pengguguran kes Musa Aman, rakyat tak boleh terima kerana  mindset  mereka selama 22 bulan ini telahpun menetapkan Peguam Negara sebagai orang politik.
Inilah dosa-dosa besar Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah. Bukan sahaja merosakkan ekonomi tetapi mereka juga telah menjahanamkan keyakinan rakyat kepada institusi negara yang menjadi tonggak kepada keadilan manusia.
Sampai jawatan Pesuruhjaya SPRM pun diambil orang politik. Jadi bagaimana nak kembalikan semula keyakinan rakyat dan mengelakkan pelacuran politik ke atas institusi-institusi penting dalam negara?
Dalam Islam, ada satu konsep dipanggil Wilayatul Mazalim. Ia adalah sebuah mahkamah khas yang diwujudkan pada zaman Nabi S.A.W bagi membicarakan tuduhan kesalahan pada penguasa atau sebagai jalan terakhir rakyat membuktikan korupsi atau kesalahan pegawai atasan kerajaan [2][3].
Bagaimana mahkamah khas ini berfungsi? Senang. Dalam sistem hari ini, apabila rakyat mempunyai bukti kesalahan penguasa, mereka perlu buat laporan polis. Dan pendakwaan ke atas individu tersebut akan ditentukan oleh siasatan PDRM atau SPRM dan penilaian Jabatan Peguam Negara.
Dalam Wilayatul Mazalim, semua prosedur ini tiada. Rakyat yang mempunyai bukti kesalahan pemimpin boleh bertindak sebagai Pendakwaraya (atau melantik pendakwaraya sendiri) di Mahkamah Khas tersebut.
Kita bagi contoh Mat Tabayyun (nama samaran). Beliau dikatakan mempunyai pelbagai bukti kesalahan Dato’ Seri Najib Razak (DSN) dalam isu 1MDB. Maka apabila Peguam Negara telah membersihkan nama DSN pada tahun 2016, beliau masih boleh bertindak menjadi Pendakwaraya dan membuka semula kes tersebut di Mahkamah Khas.
Tak perlu beliau menulis panjang-panjang di Facebook dengan bahasa yang kita semua tak pernah faham. Begitu juga apabila Tommy Thomas menggugurkan kes LGE ketika perbicaraan masih berjalan. Mana-mana rakyat yang percaya dengan bukti dan dokumen yang wujud ketika itu boleh menjalankan fungsi Pendakwaraya dan meneruskan kes perbicaraan tanpa gangguan daripada pihak berkuasa.
Kaedah ini mempunyai 3 kebaikan.
Pertama, rakyat tak perlu menjadikan media sosial sebagai mahkamah persepsi yang menjahanamkan reputasi pemimpin tertentu. Dah kalau ada bukti, pergilah jadi Pendakwaraya terus. Sembang apa lagi dalam FB?
Kedua, ia menjamin keadilan kepada rakyat dan penguasa. Sebab walaupun rakyat bebas membawa kes ke mahkamah, dakwaan mereka masih tertakluk kepada pendakwaan balas oleh pihak tertuduh.
Ketiga, penguasa tidak boleh mengawal sistem keadilan atau sekurang-kurangnya tidak lagi dilihat mengawal sistem tersebut. Beginilah Islam menyelesaikan masalah manusia.
ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Duyong Marina Kuala Terengganu – HARAKAHDAILY 14/6/2020
Rujukan:
[2] The Concept of ‘Checks and Balances’ in the Perspective of Islam and Its Application in the Islamic Judicial System in Malaysia, Siti Rohida Asrani dan Zuliza Mohd Kusrin, Shariah Journal Vol 24, 2016, ms 78 -83
[3] Syariah dan Undang-undang: Satu Perbandingan, Zaini Nasohah (Editor), Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2004, ms 23-24

2 comments:

Anonymous said...

AGAKnya inilah yang dimaksudkan oleh Minachy2 dan Muniandy2 serta Atok Patriot dengan INSTITUTIONAL REFORM?

MENUKAR AG dan orang2nya menjadi salah satu cabang politik kepada Pakatan Hancing?

Yinngga poringekkkkk!!!!

Anonymous said...

Sebab itu, apabila berlakunya pengguguran kes Musa Aman, rakyat tak boleh terima kerana mindset mereka selama 22 bulan ini telahpun menetapkan Peguam Negara sebagai orang politik.

huyoh! baru 22 bulan!!!! dah brain wash.
kalau 62 tahun cam mane?
tak ape masih ada lagi 1 trillion (1,000 juta) kwsap-u for scammers and joh lo gang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails