Thursday, May 07, 2020

'Zailah kongsi rasa kehilangan Koperal Safwan'. Takziah Juga Dari IH.

 
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff turut berkongsi perasaan kehilangan yang dialami keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail.


Diiringi Yang DiPertua PAS Kawasan Tambun, Ustaz Mohd Salleh Said dan Ketua Muslimat PAS Tambun, Yusmaliza Yusoff, beliau hadir menziarahi dan menzahirkan takziah kepada keluarga tersebut di Tanjung Rambutan, kelmarin.
Selain sedikit sumbangan, Siti Zailah juga menitipkan kata-kata semangat agar kedua ibu bapa arwah iaitu Sarjan (B) Muhammad Ismail Othman dan Norriza Mat Sani terus tabah menerima ketentuan Allah S.W.T itu.
Anggota polis yang merupakan petugas barisan hadapan negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu terbunuh dirempuh pacuan empat roda di Sekatan Jalan Raya Ops COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS.
Tragedi jam 2:00 pagi 3 Mei itu dipercayai berpunca kerana pemandu kenderaan tersebut yang berada dalam keadaan mabuk telah gagal mengawal kelajuan kenderaannya lalu terbabas dan melanggar mangsa dan beberapa kenderaan.
Jenazah Allahyarham selepas selesai bedah siasat dimandi, dikafan dan disolatkan di Hospital Serdang telah dibawa pulang ke Tambun diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat dan disemadikan mengikut istiadat polis. – HARAKAHDAILY 6/5/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah antara bahaya minumn keras, tetapi masih puak-puak 'pekak' tak mahu mengerti. Itulah istimewanya Islam, menurunkan peraturan sesuai dengan kebaikan manusia itu sendiri. Samada diri, keluarga, masyarakat, bahkan sesebuah negara sekalipun.
Wujudkan Kerajaan Malaysia bersih tanpa arak!
Jagalah Akal Dari Mudarat Arak
Berita , Cerita, Panduan dan Tips Terkini: SERAM! Penemuan Bahaya Arak

1 comment:

Anonymous said...

Alfatihah

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah kepada ahli keluarga, semoga tabah menghadapi ujian ini,” kata Wan Rosdy.

Abu Bakar pernah dilantik sebagai exco Hal Ehwal Peneroka dalam pentadbiran kerajaan Pahang di bawah kepemimpinan Menteri Besar Adnan Yaakob, antara 2013 hingga 2018.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini yang disandangnya dalam saingan 3 penjuru dengan majoriti 4,622 undi apabila mendapat undi 10,027.

Dalam pertembungan itu, beliau menewaskan wakil PAS, Muhd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi dan calon Pakatan Harapan diwakili PKR, Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.

Beliau menjadi wakil rakyat DUN Chini sejak 2004.

DUN Chini berada di bawah Parlimen Pekan yang diwakili bekas perdana menteri Najib Razak@Bossku

Pastikan Sejarah PRK di Tg Piai berulang kembali di Chini.

Inalillah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails