Friday, May 08, 2020

Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia.

Allahyarham Datuk Ismail Kamus

Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid Allahyarham.
"Semoga sabar dan reda dengan ujian ini.
"Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian ustaz Datuk Ismail Kamus ke rahmatullah.
"Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin," katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.
Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT. Al-Fatihah. (BH)

2 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah mengampuni semua dosa ustaz Ismail dan memberkati rohnya dan menempatkan beliau di dalam taman syurga kerana beliau adalah pejuang Islam yang berjuang menegakkan Islam. Amin.

Anonymous said...

اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ ۞

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails