Tuesday, May 05, 2020

Siasat Syarikat Tak Layak Kontrak RM30 Juta -SPRM, Tahniah!

Covid-19: SPRM siasat syarikat dapat kontrak RM30 juta | Harian Metro

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta, lapor The Malaysian Insight.
Memetik laporan The Malaysian Insight, difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber di SPRM bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian yang terbabit dalam siasatan itu.



"Saya tidak boleh dedahkan nama kementerian tetapi beberapa saksi akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya kepada The Malaysian Insight, malam ini.
Sumber memberitahu, sebuah pasukan penyiasat sudah ke kementerian itu minggu lepas, dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.
"Siasatan kes ini masih di peringkat awal. Kes ini dimulakan sejak kami mendapat maklumat mengenai pemberian kontrak selain beberapa maklumat di media sosial yang mempersoalkan cara pemberian kontrak," katanya.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.
"KKM sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warga KKM berada pada tahap yang terbaik.
"KKM akan sentiasa menyokong penuh usaha SPRM membasmi gejala rasuah serta penyelewengan.
"KKM akan terus bekerjasama dengan SPRM termasuklah dalam memastikan warga kementerian sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya," katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.
Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta KKM bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang membabitkan usaha melawan Covid-19.
Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah SPRM, teruskan korek, mungkin banyak lagi kes-kes baru atau tertunggak!

13 comments:

Anonymous said...

Kerajaan PN adalah kerajaan yang menjaga kedaulatan undang-undang. Sebaliknya, KERA jaan Pakatan Hancing dan Tomato telah menghina kedaulatan undang-undang.

Anonymous said...

Siasat semuanya. Tak kira apa parti pun. Kembalikan kedaulatan undang2 seperti zaman sebelum madey. Perogolan undang2 mula ambil tempat masa era madey. Siasat juga macam mana madey tu boleh kaya berbillion dalam tempoh jadi pm. Kerana sebelum itu tidak lah sekaya itu.

Wizard said...

You must be joking. Honour amongst the thieves. Big question is end does not justify means. Robbing is robbing it does matter if you give it poor. Is this new normal amonsgt malaysia then good luck.

Anonymous said...

Kerajaan skg susah tersepit sebab semau akan meminta bukan menolong melayu tapi utk mereka sendiri.Tak bagi hilang majoriti.PRU15 akan mengutung mereka. Katak2 akan tewas

Anonymous said...

New normal. Taking and give to the poor is much better than taking for themselves and the poor get nothing.

Anonymous said...

Kita tunggu siasatan la...
Sbb skrg byk org buat dakwaan mcm2 esp bila dh dekat nk sidang parlimen ni...
So biarkan SPRM siasat dulu samada betul atau tidak...
Memang byk benda nk disiasat...
Lebih2 lagi kerajaan yg dah tumbang yg sempat 22 bulan memerintah hari tu...

Anonymous said...

Kontrak RM30 Juta, KSU Kementerian Didakwa Salah Guna Kuasa

Kuala Lumpur – Beberapa orang penganalisa politik mendakwa Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min adalah dalang sebenar berhubung isu kontrak perolehan bernilai RM30 juta.

Datuk Abd Zarin Mohd Yasin melalui laman Facebook menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat laporan polis terhadap kontrak runding terus yang diberikan kepada Syarikat Khazanah Jaya Sdn Berhad

“Syarikat ini dari segi prinsipnya berteraskan hartanah, persoalan orang bisnes khasnya syarikat Bumiputra kenapa susah sangat nak tembus menyertai tender-tender di Kementerian Kesihatan?

“Dia berpunca kuasa seorang yang berjawatan Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan. Beliaulah culprit yang sebenarnya.

“Dari cerita mulut ke mulut untuk mempertahankan diri. Menyatakan bahawa ada orang pejabat Menteri terlibat. Dimana memang Menteri Adham Baba tidak ada kaitan dalam membuat keputusan soal tender,” tulisnya sebentar tadi.

Melalui kenyataan yang sama, Zaharin turut memuatnaik beberapa dokumen yang memaparkan surat setuju terima antara KKM dan syarikat terbabit.

“Persoalanya bagaimana Khazanah Jaya boleh di bayar pembayaran pendahulu RM15 juta atau 50% dari harga setuju terima tender yang berjumlah RM30.5 juta.

“Adakah ini penyalahakan kuasa. Kerana Jawatankuasa yang menilai sebarang kelayakan tender juga diragukan. Bersama didedahkan dukumen yang ada kaitan. Jika palsu buatlah laporan polis lagi,” ujarnya lagi.

Sementara itu Aktivis Politik, Mohd Rafi Awang Kechik turut mempersoalkan hubungan antara KSU KKM dengan syarikat terbabit.

“KSU berbangsa Cina, syarikat itu dimiliki bangsa Cina, yang kena maki Adham Baba sebab muka macam Cina! Apa hubungan syarikat ini dgn KSU? soalnya pula.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dikatakan sedang menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak membekalkan kelengkapan makmal di bawah KKM.

Syarikat berkenaan merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah, tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan Covid-19, selain kontrak membekalkan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Sementara itu Menteri KKM, Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dilakukan itu. – SuaraTV

Sila rujuk https://suara.tv/05/05/2020/kontrak-rm30-juta-ksu-kementerian-didakwa-salah-guna-kuasa/

Anak Malaya said...

Kesihatan ke jaga..tapi awak pagi2 dah mabok ketum..aduuhh apa nak jadi kat awak ni.. Hish..hish..

Anak Malaya said...

Saya konfius sikit.. boleh terangkan Kedaulatan Undang 2 secara terperinci..Undang2 Malaysia digubal oleh siapa dan berlandaskan Undang2 negara mana??takpe minumlah secawan ketum dulu sebelum jawab..baru jawapan awak mesti win..

Anak Malaya said...

Majoriti sementara sahaja..PRU15 rakyat yg akan menentukan..

Anak Malaya said...

Knowing our politicians that is impossible..

Anak Malaya said...

Ada surat rasmi dari Kementerian terbabit yang menganugerahkan kontrak tersebut yg bernilai RM30.5 Juta kepada sykt terbabit

Anak Watan said...

Teringat kisah dulu-dulu....di aebuah negeri di atas angin..kisahnya adalah membuat kajian bagi membina jalan perhubungan...yang melakukan kerja ini adalah sebuah pertubuhan belatar belakan kan fasyen pakaian.. ketia ini adalah berbayar bukan suka-suka hati sahaja.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails