Tuesday, May 05, 2020

Kurung, Liwat Guna Kemaluan Palsu Terhadap Isteri ...

Kurung dan liwat isteri, nelayan mengaku bersalah lakukan serangan seksual dalam tempoh PKP
Bapa tiga anak dari Seri Manjung itu didakwa melakukan semua kesalahan tersebut di sebuah rumah di Lumut antara 16 April hingga 18 April lalu. - Foto Astro AWANI
Kurung dan liwat isteri, nelayan mengaku bersalah lakukan serangan seksual dalam tempoh PKP

IPOH: Seorang nelayan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas tujuh pertuduhan, termasuk melakukan serangan seksual terhadap isterinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh yang berusia 36 tahun itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.
Bapa tiga anak dari Seri Manjung itu didakwa melakukan semua kesalahan tersebut di sebuah rumah di Lumut antara 16 April hingga 18 April lalu.

Dia menghadapi masing-masing satu tuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung isterinya disamping masing-masing dua tuduhan menggunakan alat kemaluan palsu dan meliwat isterinya yang juga berusia 36 tahun.

Dia turut menghadapi satu lagi tuduhan memiliki 13 keping VCD lucah antara 1.30 petang 16 April hingga 12 tengahari 18 April lalu di tempat yang sama.

Mahkamah menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM32,500 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. (AA)

8 comments:

Anonymous said...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) membuat satu laporan polis hari ini berhubung fitnah yang mendakwa lima orang pegawai menteri dan kementerian telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya susulan beberapa penulisan di akaun Facebook bernama 'Teuku Shafiz Rullah', 'STEADYAKU47' dan akaun Twitter 'Fadzilah Mamat@fadzilahmamat'.

"Posting di Facebook dan kicauan Twitter berkenaan mendakwa SPRM telah menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian. Posting itu antara lain mendakwa Menteri Kesihatan juga terlibat dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperolehi kontrak RM30 juta," kata kenyataan itu hari ini.


Selain itu, KKM berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dan Twitter berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya.

Semalam, tular satu mesej yang menyebut tentang penahanan lima individu yang terdiri daripada pegawai kanan, setiausaha kerja, kontraktor dan ketua parti politik bagi membantu siasatan ke atas pembelian khas sistem ujian dan peralatan perubatan bernilai sekitar RM30 juta bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Anonymous said...

Game umno bermula

Anonymous said...

Lapor jangan tak lapor. Jadi kerajaan pun hancing, jadi pembangkang lagi hancing.

Anonymous said...

Adalah tidak wajar untuk Tommy Thomas yang sepatutnya faham tentang tatacara perbicaraan untuk mengganggu gugat urusan dan keputusan mahkamah menggunakan kuasa dan kapasitinya sebagai Peguam Negara.

“Malah, kita difahamkan bahawa beliau seolah-olah membuat keputusan ‘premeditated’, apabila beliau sesuka hati mengumumkan bahawa tidak adanya kes bunuh sebelum ada sebarang keputusan dibuat di mahkamah,” katanya.

Lebih malang lagi, katanya, apabila Tommy melepaskan suspek-suspek pembunuhan yang telah ditangkap oleh pihak polis tanpa sebab yang kukuh, yang akhirnya mereka hilang entah ke mana.

Anonymous said...

Kontrak RM30 Juta, KSU Kementerian Didakwa Salah Guna Kuasa

Kuala Lumpur – Beberapa orang penganalisa politik mendakwa Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min adalah dalang sebenar berhubung isu kontrak perolehan bernilai RM30 juta.

Datuk Abd Zarin Mohd Yasin melalui laman Facebook menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat laporan polis terhadap kontrak runding terus yang diberikan kepada Syarikat Khazanah Jaya Sdn Berhad

“Syarikat ini dari segi prinsipnya berteraskan hartanah, persoalan orang bisnes khasnya syarikat Bumiputra kenapa susah sangat nak tembus menyertai tender-tender di Kementerian Kesihatan?

“Dia berpunca kuasa seorang yang berjawatan Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan. Beliaulah culprit yang sebenarnya.

“Dari cerita mulut ke mulut untuk mempertahankan diri. Menyatakan bahawa ada orang pejabat Menteri terlibat. Dimana memang Menteri Adham Baba tidak ada kaitan dalam membuat keputusan soal tender,” tulisnya sebentar tadi.

Melalui kenyataan yang sama, Zaharin turut memuatnaik beberapa dokumen yang memaparkan surat setuju terima antara KKM dan syarikat terbabit.

“Persoalanya bagaimana Khazanah Jaya boleh di bayar pembayaran pendahulu RM15 juta atau 50% dari harga setuju terima tender yang berjumlah RM30.5 juta.

“Adakah ini penyalahakan kuasa. Kerana Jawatankuasa yang menilai sebarang kelayakan tender juga diragukan. Bersama didedahkan dukumen yang ada kaitan. Jika palsu buatlah laporan polis lagi,” ujarnya lagi.

Sementara itu Aktivis Politik, Mohd Rafi Awang Kechik turut mempersoalkan hubungan antara KSU KKM dengan syarikat terbabit.

“KSU berbangsa Cina, syarikat itu dimiliki bangsa Cina, yang kena maki Adham Baba sebab muka macam Cina! Apa hubungan syarikat ini dgn KSU? soalnya pula.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dikatakan sedang menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak membekalkan kelengkapan makmal di bawah KKM.

Syarikat berkenaan merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah, tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan Covid-19, selain kontrak membekalkan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Sementara itu Menteri KKM, Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dilakukan itu. – SuaraTV

Sila rujuk https://suara.tv/05/05/2020/kontrak-rm30-juta-ksu-kementerian-didakwa-salah-guna-kuasa/

Anonymous said...

Kalau Nak Mabuk Boleh Call e Hailing



Statement menteri pun macam orang mabuk.

Inilah menteri yang disokong oleh puak konon perjuangkan agama.

Islam memimpin, kata presiden parti itu.Pimpin apanya ?

Mana perginya suara suara konon pejuang melayu islam ?

Mangsa kejadian ini anggota keselamatan di fronliner,cedera parah dan meninggal yang juga melayu islam.

Kini rakyat Malaysia dapat saksikan lakonan puak Assobiah yang menggunakan bangsa dan agama untuk kepentingan politik sempit mereka.

Kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menyatakan individu mabuk sepatutnya menggunakan perkhidmatan e-hailing, menggambarkan sikap kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak serius mengatasi masalah tersebut.

Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, PN juga dianggap lambat bertindak menyelesaikan isu terbabit selepas Ka Siong meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengkaji pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sedangkan menurut Faiz, Kabinet Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah bersetuju meningkatkan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk melalui pindaan seksyen 41, 44 dan 45 Akta Pengangkutan Jalan.

“Malahan, bekas Menteri Undang-undang Liew Vui Keong pada 13 Februari lalu mengumumkan pindaan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Namun, ia tidak sempat dibentangkan kerana penukaran kerajaan.

“Memandangkan kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk semakin meningkat, pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan untuk mengenakan hukuman lebih berat perlu disegerakan,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Februari lalu, kerajaan PH sedang merangka untuk meminda hukuman bagi kesalahan tersebut, termasuklah hukuman penjara 20 tahun dan denda RM100,000 jika pemandu disabit kesalahan.
Dalam pada itu, Adun Permatang Pasir tersebut menegaskan bahawa pindaan berkenaan penting bagi mengatasi masalah yang timbul.

Ia juga katanya sebagai amaran kepada rakyat bahawa memandu di bawah pengaruh alkohol adalah satu kesalahan yang serius kerana mengancam nyawa orang ramai.

Awal pagi semalam, seorang anggota polis maut selepas selepas sebuah kereta disyaki dipandu pemandu mabuk, merempuh sekatan jalan raya Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya (LEKAS), di Kajang.

Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi terbabit akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan Toyota Hilux dipandu seorang lelaki mabuk.

sumber...MDL

Anak Malaya said...

Apakah fungsi Pejabat Peguam Negara..kenapa wujudnya Jabatan itu..bukan kah bila berlaku sesuatu kes..pihak polis yg akan bertindak dahulu..dari penangkapan,remand, penyiasatan,statement dan dan segala bukti akan dikumpul oleh pihak polis yg diketuai oleh pegawai penyiasat ataupun I.O.jadi kenapa pihak polis tidak membawa kes tersebut ke Mahkamah..kenapa harus dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara..apa signifikannya.. boleh tolong jelaskan tak? KPI Pejabat Peguam Negara ditentukan dari segi apa....

Anak Malaya said...

Sebagai contoh Negara Australia dimana penduduknya adalah diantara peminum arak yg sangat tegar tetapi kes memandu ketika mabuk adalah jauh lebih kurang dari Malaysia..ini adalah kerana undang2 mereka sangat ketat.. hukuman adalah sangat berat dan juga kesedaran sivik mereka tinggi.. Negara dimana rata2 penduduk adalah peminum arak boleh mengawal kes drunk driving..kenapa Malaysia sampai skg tak mampu mengawalnya..dimana kesilapannya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails