Thursday, May 07, 2020

Jangan Biarkan 'Si Tempang' Terajui Kedah. I/Hasyim.

INFO - ZAENI IMANUDDIN
PAS hitung-hitung ambil-alih Kedah, bagai kucing permainkan tikus?


PH Kedah tempang, PAS sedia terajui pentadbiran


ALOR SETAR: PAS sedia mengetuai pentadbiran kerajaan negeri berikutan kepincangan dan perpecahan yang semakin tidak terkawal dalam Pakatan Harapan (PH) Kedah.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya, berkata kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee secara terbuka Isnin lalu menerusi Facebook mempertikaikan keputusan pemecatan timbalannya di Cabang PKR Sungai Petani menunjukkan beliau tidak lagi sehaluan dengan pucuk pimpinan PH.
Beberapa lagi ADUN PKR lain dijangka mengikut langkah Dr Robert sekali gus menyaksikan pengurangan jumlah kerusi dikuasai PH di Kedah.
"Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekarang bukan lagi pengerusi PH Kedah. Beliau hanya mampu melihat tanpa berhak mencatur pergerakan ADUN PH daripada PKR kerana dari sudut gabungan, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lagi sehaluan.
"Mukhriz juga dalam keadaan amat lemah kerana daripada enam ADUN BERSATU Kedah, tidak sampai separuh yang berpihak kepadanya memandangkan banyak kelemahan yang gagal diperbaiki Mukhriz," katanya menerusi kenyataan.
Pada dasarnya, PH Kedah sudah tempang dan kehilangan majoriti untuk menerajui kerajaan negeri ini dan perubahan kerajaan negeri sudah tidak dapat dielakkan lagi.
"PAS Kedah yang memiliki 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah iaitu jumlah paling tinggi dalam kalangan parti yang ada bersedia menerajui pentadbiran kerajaan negeri ini.
"Atas semangat Muafakat Nasional PAS-UMNO, kami memiliki lagi dua kerusi milik UMNO menjadikan semuanya 17 kerusi DUN," katanya.
Keyakinan ini turut mengambil kira kredibiliti calon Menteri Besar dalam kalangan ADUN PAS yang mempunyai pengalaman dan rekod yang bersih sepanjang bersama dalam kerajaan negeri ketika era PAS mentadbir Kedah pada 2008 hingga 2013.
Kecelaruan iklim politik yang dipamerkan PH ini telah memberikan kesan negatif terhadap penumpuan usaha memajukan negeri dan rakyat menerima tempias buruk akibat perbalahan pemimpin PH.
Kedah mempunyai 36 kerusi DUN yang mana PAS mempunyai kerusi terbanyak iaitu 15 diikuti PKR (7), BERSATU (6), UMNO (2) AMANAH (4), DAP (2).
Komen Weblog Ibnu HasyimJangan biarkan 'si tempang' terajui kerajaan negeri Kedah. Nanti reban kerajaan.

2 comments:

Anonymous said...

Kedah dibawah mukhriz macam kerajaan reban ayam

Anonymous said...

PRU15 senarai kerusi ahli Parlimen yang dikhianati yang perlu dibuang dalam PKR di PRU nanti:

1) Gombak
2) Ampang
3) Indera Makhkota
4) Batu Pahat
5) Bandar Tun Razak
6) Segamat
7) Nibong Tebal
8) Selangau
9) Puncak Borneo
10) Ranau
11) Saratok

Sementara kerusi Parlimen PKR ini perlu dibuang penyandang sedia ada sebagai langkah berhati-hati mengelakkan pengkhianatan pada PRU15:

1) Petaling Jaya - Maria Chin
2) Sungai Buloh - Sivarasa Rasiah
3) Tebrau - Steven Choong

Kerusi DUN yang perlu di buang penyandang sedia ada bagi mengelakkan pengkhianatan pada PRU15:

Selangor:
1) Bukit Melawati - Juwairiyah
2) Lembah Jaya - Haniza Talha
3) Kajang - Hee Loy Sian
4) Seri Setia - Halimey Abu Bakar
5) Bukit Lanjan - Elizabeth Wong
6) Paya Jaras - Khairuddin Othman
7) Sementa - Daroyah Alwi
8) Pelabuhan Klang - Azmizam Zamanhuri
9) Tanjong Sepat - Borhan Aman Shah

Pulau Pinang:
1) Seberang Jaya - Afif Bahardin
2) Machang Bubok - Lee Khai Loon
3) Sungai Bakap - Amar Pritpal
4) Sungai Acheh - Zulkifli Ibrahim

Kedah:
1) Sidam - Robert Ling
2) Lunas - Azman Nasrudin

Negeri Sembilan:
1) Ampangan - Rafaei Malek

Melaka:
1) Machap Jaya - Ginie Lim

Harap Presiden mengambil maklum nama-nama di atas agar PKR tidak dikhianati pada masa akan datang.

Terima kasih

Ahmad Albab
5.5.2020

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails