Wednesday, April 15, 2020

Teruskan Memacu Pertumbuhan Ekonomi/Politik. Siapa Pengerusi GLC?


Layakkah Ahli Parlimen sebagai Pengerusi GLC?

DI SEBALIK berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 dan PKP, pengurusan pentadbiran negara perlu diteruskan bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik. Ini termasuklah pelantikan Pengerusi GLC di bawah Kerajaan yang baru. Isu yang sedang hangat diperbincangkan ialah layakkah Ahli Parlimen sebagai Pengerusi GLC?

GLC adalah ringkasan kepada Government Link Company. Sahlah halatujunya (direction) berteraskan kepada dasar Kerajaan dan berada di bawah pengawasan Menteri serta Kementerian terbabit. Ia diperkasakan lagi dengan pihak Pengurusan atau Pentadbiran GLC terbabit (Management Team) yang terdiri dari mereka yang amat mahir (subject matter expert). Maka tidak timbullah isu ketidakselarian dengan dasar dan objektif Kerajaan. Kalau tidak selari, ambillah tindakan berteraskan ketetapan Kementerian (consequence management).

Kerajaan Teknokrat yang dicadangkan oleh PAS ialah kepimpinan negara yang dipilih termasuklah GLC berpandukan kepada prinsip Ubudiyyah (keimanan dan ketakwaan kepada Allah), Mas’uliyyah (integriti) dan Itqan (kompetensi). Ia terzahir dengan prinsip Al-Qawiyy (kompeten) dan Al-Amin (berintegriti) yang dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran.
Neraca pertimbangan Al-Amin dalam sistem pengurusan negara ialah bebas daripada jenayah melalui rekod PDRM dan bersih dari rasuah melalui rekod SPRM.
Manakala bagi pertimbangan Al-Qawiyy ialah berpengalaman khususnya dalam bidang pengurusan (good governance) dan technical know-how pada GLC-GLC tertentu. Apatah lagi Ahli Parlimen yang pernah mempunyai pengalaman dalam menjadi Menteri, Timbalan Menteri, bekerjaya dalam bidang masing-masing ataupun menguruskan mana-mana GLC atau syarikat sebelum ini.
Ahli Parlimen menjadi Pengerusi GLC? Sila rujuk kepada point (6) dan (7). Anda boleh menjadi auditor. Rujuk rekod PDRM dan SPRM individu yang anda tidak bersetuju. Rujuk juga pengalaman kerjaya dan latarbelakang akademik mereka yang tulen. Selongkar resume ataupun curriculum vitae (CV) mereka. 
Kalau dapatan carian anda authentic, bolehlah share di medsoc. Berilah komen yang membina. Kalau anda menipu dan memfitnah, bersedialah untuk disaman di mahkamah dunia dan akhirat.
“Demi Islam”
“Untukmu Malaysia”
IR HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 15/4/2020
Penulis berpengalaman bekerja dalam syarikat korporat hampir 20 tahun dan menjadi BOD Member dalam 2 buah syarikat Bumiputra

4 comments:

Anonymous said...

Porrah pundek. Balaci DAP. ha ha ha

Anonymous said...

Marah sangat tu bila glc balik kepada orang islam. Madey pun terbeliak mata. Duit 1mdb pun madey larang pulangkan. Nampak jer bab duit. Bab covid tak nampak langsung.

Bila glc kembali kepada pn, pengurusannya lebih telus. Meghoyan kaldai dap sebab tersekat untuk jadi bahan jualan. Timbullah isu fitnah ghanimah. Masa kaldai menang tak timbul pulak isu ghanimah. Pandai kaldai2 peralatkan Islam menyalahgunakan konsep ghanimah.

cik minah said...

Betul tu

Anonymous said...

Pelik juga. Ngapa masa ph dulu wang 1mdb tidak diserahkan us kepada madey. Kononnya madey hebat seantero dunia. BN dijatuhkan sebab 1mdb. Menang dulu sebab nak ghanimah 1mdb. Rupanya ini fitnah kaldai2 yg berjaya. Sekarang fakta 1mdb rupanya fitnah yg maha besar oleh kaldai2 dap. Nuwar pun rela jadi kaldai, seorang yg kononnya hebat rupanya kejar ghanimah kerusi pm.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails