Wednesday, April 15, 2020

Selepas Berparti Lagi, Maut 1 Wanita.

8 positif COVID-19 selepas berparti, 1 wanita maut
Secara keseluruhan, tujuh rakannya yang berparti bersama ketika itu, didapati positif COVID-19. Gambar hiasan.


SEORANG pemandu bas wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Ahad, disahkan mendapat jangkitan selepas berparti bersama rakannya yang positif virus itu.

Jabatan Kawalan Penyakit (CDC) Thailand, mendedahkan mangsa berusia 52 tahun, mengalami demam pada 26 Mac selepas pulang daripada parti bersama sembilan rakannya di Bangkok.

Seorang daripada rakan yang bekerja sebagai pelayan pub dijangkiti COVID-19 ketika bekerja bulan lalu, kata pakar kesihatan CDC, Anupong Sujariyaku, seperti dilaporkan Bangkok Post.

Menurutnya, secara keseluruhan, tujuh rakannya yang berparti bersama turut didapati positif COVID-19 tidak lama kemudian.

CDC berkata, suhu badan mangsa meningkat mendadak dan dia mengalami cirit-birit pada 2 April. DIa kemudian pergi ke Hospital Phra Pinklao, Bangkok untuk diuji, sebelum dihantar pulang.

Keputusan ujian yang diperoleh keesokan harinya mendapati dia positif COVID-19 menyebabkan dia dirahkan datang semula ke hospital untuk rawatan lanjut.

Wanita yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan darah tinggi itu meninggal dunia malam Ahad lalu, sekali gus menjadi kes kematian COVID-19 ke-41 di Thailand.

Sehingga Selasa, sebanyak 2,613 kes COVID-19 direkodkan di negara berkenaan..

1 comment:

Anonymous said...

Inilah habuan parti covid-19.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails