Friday, April 17, 2020

Bukan ‘kerajaan pintu belakang’, Anwar Ikhtiraf Muhyiddn..


Perakuan buat Muhyiddin, iktiraf kerajaan sah
KL: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibahim telah mengadakan pertemuan pada kunjungan hormat Ahli Parlimen Port Dickson itu ke Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam.
Dimaklumkan Anwar, dalam pertemuan selama 45 minit itu Muhyiddin menjelaskan berkenaan langkah menangani COVID-19 dan beliau menyatakan penghargaan atas khidmat jentera kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.
“Saya turut bangkitkan soal penyampaian maklumat yang mesti telus dan keupayaan ujian ditingkatkan. Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik, namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi.
“Beliau (Muhyiddin) juga menyinggung cadangan Sidang Parlimen pada 18 Mei ini dan masalah terkait COVID-19. Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta pembangkang, dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau,” ujarnya.
Lawatan tersebut sekali gus menjadi perakuan Anwar terhadap kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri dan pengiktirafan bahawa Perikatan Nasional bukan ‘kerajaan pintu belakang’ sebagaimana dituduh sesetengah pihak. – HARAKAHDAILY 15/4/2020
Gila Scary Mangsa Terakam Wajah Lelaki Gatal Yang Mengintainya ...
aDfeezRahim!!!!©: Kenapa orang selalu mengelak jamban lua???
Komen Weblog Ibnu Hasym: Baru sedar agaknya, rupanya bukan 'kerajaan pintu belakang'.. Pertemuan 45 minit itu, adalah pertemuan pengiktirafan Anwar terhadap PM Muhyiddin Yassin. Yang masih mendesing 'kerajan pintu belakang' itu ialah suara sumbang, kerana kerajaan PH dulu sudah bertukar menjadi kerajaan pintu jamban. Pakatannya sudah berbau busuk hancing.

1 comment:

Anonymous said...

Fitnah 1MDB PH Terhadap DS Najib Di Jawab Sendiri Oleh DOJ Amerika Syarikat

Selepas Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, baharu Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat pulangkan duit USD300 juta.

Kenapa?

Kerana baharu mereka sedar dan terdedah bahawa banyak tuduhan ke atas 1MBD adalah palsu dan fitnah belaka.

Ini menjawab dakwaan Dr. Mahathir bahawa beliau tidak boleh berkerjasama dengan DS Najib kerana kononnya berpegang pada prinsip...😉😉😉

Kepada penjilat tegar Dr. Mahathir yang masih lagi mengharapkan kebenaran cerita DS Najib terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB, hadamkan penjelasan dari DS Najib.

Media Singapura melaporkan bahawa hubungan antara kerajaan Pakatan Harapan dengan DOJ Amerika Syarikat sudah merosot sebelum Kerajaan Gagalkrasi Pakatan Harapan tumbang

Berita ini juga dilaporkan dalam beberapa media tempatan.

Antara sebab utama kenapa hubungan menjadi teruk ialah kerana Gagalkrasi Pakatan Harapan tolak sekali lagi perjanjian penyelesaian IPIC untuk membayar balik semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB.

Ini adalah kali kedua, Kerajaan Gagalkrasi Pakatan Harapan tolak penyelesaian dari IPIC setelah mereka batalkan perjanjian asal yang diselesaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada awal tahun 2017, di mana IPIC berjanji membayar balik sebelum 30 Disember 2020.

Kali ini perjanjian penyelesaian kedua disyorkan oleh DOJ kerana memang benar bahawa IPIC telah menjamin sebanyak US$6.5 bilion (RM28 bilion) dana 1MDB, termasuk bon yang diterbitkan 1MDB serta unit-unit BSI yang Pakatan Harapan tuduh tidak bernilai.

Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi.

Siapa yang ikut penulisan serta perbahasan saya sejak PRU 14 akan tahu bahawa saya konsisten dengan fakta ini.

Dan kenapa Pakatan Harapan dua kali menolak untuk dibayar balik semua wang yang didakwa hilang?

Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka Najib tak rompak apa-apa.

Itu bercanggah dengan propaganda dan fitnah Pakatan Harapan.

Merugikan negara dan merosakkan hubungan Malaysia dengan negara-negara lain itu tak apa, asalkan Najib kena dan terus dicop perompak dan penyamun.

Sebab itu, Pakatan Harapan tolak penyelesaian itu dua kali.

Ini penjelasan saya dari dulu lagi

Saya konsisten.

Tonton video 11 Nov 2018 ini, apabila saya tanya tentang perjanjian itu dalam Parlimen.

Tidak seorang dari Pakatan Harapan berani sangkal saya.

Semua terdiam, termasuk Jelutong dan Guan Eng yang ada dalam dewan masa itu

Dan ini apa yang kita dapat dengan 1MDB.

Ada juga yang tanya kenapa saya tidak jelaskan ini sebelum PRU14.

Tapi patutkah saya sebagai Perdana Menteri dedahkan secara umum masa itu bahawa pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negara lain yang bersalah sedangkan keutamaan saya ialah untuk memelihara hubungan diplomatik negara serta medapat kembali semua wang yang didakwa hilang?

Saya telah tunggu 2 hari untuk pemimpin Pakatan Harapan serta bekas peguam negara dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM lantikan politik Pakatan Harapan untuk menafikan artikel minggu lepas ini tapi sehingga kini mereka pilih untuk kunci mulut

Kalau Pakatan Harapan mengunci mulut, mungkin Dr. Mahathir boleh menjawab apa yang didakwa oleh media Singapura tersebut.

Sekurang-kurangnya suruhlah hantu raya belaan Dr. Mahathir dari Sarawak Report tu jawab...🤭🤭🤭

Dan kepada penjilat-penjilat tegar Dr. Mahathir, telitikanlah dengan mendalam tentang isu 1MDB ini.

Segala penjelasan dari DS Najib, beliau kemukakan dengan fakta dan data yang lengkap tapi pernahkah dakwaan yang keluar dari Dr. Mahathir and The Gang dulu kemukakan bukti dan fakta yang sahih?

Kalau masih lagi tidak boleh hadam, teruskanlah menjilat Dr. Mahathir dan duduk dalam gua tu dendiam.

http://theunspinners.blogspot.com/2020/04/fitnah-1mdb-ph-terhadap-ds-najib-di.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails