Thursday, April 16, 2020

Tak dibenarkan balik kampung sambut Ramadan

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan sekatan setiap kenderaan yang memasuki Plaza Tol Jalan Duta untuk mengawal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga. - foto hiasan BERNAMA (2020)
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan sekatan setiap kenderaan yang memasuki Plaza Tol Jalan Duta untuk mengawal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga. - foto hiasan BERNAMA (2020)


KUALA LUMPUR: Orang ramai tetap tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga dilaksanakan.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan itu sudah dilaksanakan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan sebelum ini.
“Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan. Ramadan nanti pun ia tetap tertakluk kepada undang-undang sama.
“Pergerakan rentas sempadan negeri tetap dilarang sepanjang tempoh PKP fasa tiga seperti yang diputuskan masa PKP fasa satu dan dua.
“Bermakna, pergerakan beramai-ramai untuk pulang ke kampung (menyambut Ramadan) juga tidak dibenarkan, memang tidak boleh,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Perdana Putra di Putrajaya, hari ini. (BH)

1 comment:

Anonymous said...

Belum habis dengan isu penularan COVID-19, negara China sekali lagi ‘diserang’ oleh penduduk dunia kerana membenarkan pasar haiwan liar mereka beroperasi seperti biasa. Bahkan, ramai yang kecewa negara China seakan-akan tidak serik dengan musibah yang melanda dunia saat ini.

Keadaan bertambah teruk apabila negara China telah menguasi sebanyak 11 empangan utama di sepanjang Sungai Mekong yang menjadi tempat bergantung kepada rakyat negara Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar dan juga Vietnam (Suruhanjaya Sungai Mekong).

Di Twitter, seorang rakyat Vietnam mendedahkan bahawa, negara China kini mengekat pengaliran air ke negara-negara Suruhanjaya Sungai Mekong. Akibatnya segala aktivit pertaniah dan juga perikanan negara Suruhanjaya Sungai Mekong turut terjejas dengan teruk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails