Wednesday, April 15, 2020

Tahniah K'tan! Terbaik LKAN (Laporan K/Audid Negara 2018



LAPORAN Ketua Audit Negara: Kelantan menunjukkan prestasi kewangan keseluruhan terbaik 2018.

(1) Baki keseluruhan Kumpulan Wang Disatukan.
2017: RM62.72 juta.
2018: RM72.19 juta.
Peningkatan sebanyak RM9.47 juta (15.1 peratus).

(2) Surplus (Lebihan) Akaun Pendapatan Disatukan.
2017: RM38.82 juta.
2018: RM40.46 juta.
Sebagai perbandingan pada tahun 2019: Surplus RM48.30 juta (belum diaudit).

(3) Kewangan Kelantan tahun 2018 – Punca Surplus:-
Peningkatan dalam Kutipan Hasil: RM586.94 juta.
Berbanding Perbelanjaan Operasi: RM546.49 juta.

(4) Kenaikan kecil hutang Kerajaan (Hanya 1 peratus).
2017: RM1.421 bilion.
2018: RM1.435 bilion.
Hanya meningkat RM13.87 juta.
Bayaran balik hutang kepada Persekutuan 2018: RM5.74 juta.

(5) Penyata Kewangan Kelantan (bagi tahun berakhir 31 Disember 2018) – mendapat Pandangan Tanpa Teguran di mana ia memberi gambaran yang tepat dan wajar berkenaan keadaan kewangan Negeri dan semua rekod perakaunan telah disimpan dan dikemaskini dengan sempurna.
Secara keseluruhannya pengauditan ini menunjukkan suatu penambahbaikan dalam pelaksanaan aktiviti oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri.

Laporan Ketua Audit Negara ini dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam (13 April 2020) selepas diperkenankan oleh KDYMM Sultan Kelantan.

NAZMAN CHE IBERAHIM – HARAKAHDAILY 14/4/2020

ARTIKEL BERKAITAn


4 comments:

Anonymous said...

BUY MUSLIM FIRST KEMPEN INI PERLU DIPERHEBAT LAGI.

FORMULA #BMF = HERO ASNAF + TURUN HARGA BARANG

RM153.24 juta zakat diagih bantu asnaf sepanjang PKP

Sebanyak RM153.24 juta zakat sudah diagihkan kepada asnaf di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata bantuan zakat itu disalurkan ke institusi zakat seluruh negara bagi membantu asnaf yang terjejas dengan penularan COVID-19.

Jumlah berkenaan katanya, adalah agihan yang dibuat sepanjang tempoh PKP sahaja dan tidak termasuk pelbagai skim bantuan lain.

Jumlah bantuan itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keadaan wabak COVID-19 dan tempoh pelaksanaan PKP.

“Terima kasih kepada pembayar zakat, anda semua adalah ‘hero’ kepada asnaf.
“Sekiranya pihak kita tidak mengadakan dakwah dan seruan kepentingan berzakat sudah tentu tidak dapat mengumpul sejumlah besar itu, sekali gus dapat menyalurkan bantuan kepada pihak memerlukan,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Setakat ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat sudah mengagihkan RM34.41 juta; Zakat Pulau Pinang (RM14.52 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta Pusat Pungutan Zakat Pahang (RM12.2 juta); Majlis Agama Islam Kelantan (RM12.6 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (RM14.35 juta).

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (RM20.2 juta); Lembaga Zakat Selangor (RM15 juta); Majlis Agama Islam Johor (RM7.4 juta); Lembaga Zakat Kedah (RM16.7 juta); Perbadanan Baitul Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (RM4.3 juta); Zakat Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (RM4.26 juta).

Tabung Baitulmal Sarawak pula sudah mengagihkan RM6 juta; Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Agama Islam Sabah (RM6 juta) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (RM3.98 juta

Anonymous said...

Lagi meghoyan lah puak hancing. Lepas ni akan tuduh rasuah sana sini. Meghoyan tak boleh terima hakikat ulamak bersih mentadbir.

Anonymous said...

Sokong bmf. Boikot kedai cina dap. Kita sokong kedai cina mca sm india mic pulak.
Sokong kedai acheh sm india muslim jugak. Jangan berhutang sudah

Anonymous said...

Diharap bukak balik skandal PH. Kes terowong lge sm skandal tabung haji yg dah tergadai tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails