Saturday, April 25, 2020

Rohingya: Jadikan Ramadan, Madrasah Lonjakkan Ketaqwaan. -Dr Zulkifli

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Foto/BERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Foto/BERNAMA
Tangani cara bijak isu etnik Rohingya


PUTRAJAYA: Isu etnik Rohingya yang berhadapan penindasan dan menimbulkan kegusaran terhadap masyarakat Malaysia perlu ditangani secara bijak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, isu etnik berkenaan perlu dilihat secara menyeluruh.

Tanpa menyatakan sama ada masyarakat perlu membantu atau menolak, Zulkifli berkata isu etnik minoriti itu tidak boleh difahami melalui satu naratif atau perspektif sahaja
Menurutnya, kepentingan dalam mengurus isu etnik yang ditindas itu memerlukan kebijaksaan.
"Saya melihat isu ini lebih kepada situasi yang berlaku di Malaysia kerana ketika seluruh dunia menghadapi kesukaran untuk berada dalam keadaan stabil ketika berhadapan dengan COVID-19," katanya ketika ditemubual media dan dikongsi di facebooknya.
Pada 17 April lalu media melaporkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mematahkan cubaan kira-kira 200 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya menyeludup masuk ke negara ini melalui perairan Langkawi.
Kumpulan PATI itu dikesan menaiki bot di kedudukan 70 batu nautika, iaitu 129.6 kilometer (km) dari barat Pulau Langkawi, pada jam 10.26 pagi sebelum ia diiring keluar dari perairan negara oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Kejadian itu turut mengundang sentimen negatif masyarakat apabila ada segelintir pihak di media sosial membakar kebencian umum dengan mengaitkan insiden itu dengan tuntutan hak kerakyatan.
Beliau berkata, apa yang berlaku ketika ini perlu difahami dan cukup mencabar di mana setiap kemasukan dari negara luar perlu dikuarantin dan seumpamanya.
"Umat Islam disaran menjadikan bulan Ramadan ini sebagai madrasah untuk melonjakkan ketaqwaan dan ibadat kepada Allah," katanya. (BH)

Lihat sebelum ini..
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
Kuliah Ramadhan, Siri 1 Hingga 3
E-Buku IH-90: Univ Ramadzan 2014

1 comment:

Anonymous said...

Elok fokus dulu isu pelancong cina dan india yg masuk sebagai pelancong kemudian tak balik2 dan dapat pulak mykad. Mereka ini lebih berbahaya kerana terlibat dengan penubuhan sendiket jenayah scam yg bernilai ratusan ribu rm sehari. Buat operasi sapu bersih atas dasar keselamatan negara.

Isu rohingya mungkin satu isu untuk mengalih perhatian rekaan parti hancing. Isu yg perit ialah isu pendatang cina dan india. Kaldai2 akan bertindak mengalih isu bagi pihak tuan kaldai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails