Saturday, April 25, 2020

Rohingya Ramadan: Jangan sombong wahai Malaysiaku. -Nik Mohamad Abduh.



JIKA anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja. Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar. Dosa besar.

Ia membunuh nilai Ramadan anda. Ia membunuh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap Muslim. Ingat, ia hanyalah propaganda musuh yang dirancang rapi untuk menidakkan hak Rohingya di negara asal mereka.
Ia melaungkan, “Rohingya tiada hak di Myanmar kerana mereka bangsa bodoh, malas, jahat, menyusahkan dan tak bertamadun. Lihatlah, mereka telah menyusahkan rakyat Malaysia. Begitulah kami di Myanmar menjadi susah kerana kejahatan dan keburukan mereka.”
Fitnah nyata ke atas umat Islam. Tipu daya yang nyata untuk memecah belahkan umat Islam. Jangan menyambung lidah fitnah musuh ke atas Muslim Rohingya. Jangan sombong wahai Malaysiaku.
Bersyukurlah dengan menolong dan membantu umat yang tertindas. Berfikirlah untuk menyelesaikan isu, bukan melangsaikan kebencian dan dendam.
Jangan diri merasa hebat menjulang Ustaz Ebit Liew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas.
Ya Allah, bebaskan kami daripada tipu daya musuh yang merosakkan dan menzalimi.
رب انصرنى على القوم المفسدين.
ربنا لا تجعلنا فتنة للقوم الظالمين ونجنا برحمتك من القوم الكافرين.
USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 25/4/2020

3 comments:

Anonymous said...

Isu yg berat sekarang ini ialah pelancong yg tidak balik. Masuk secara berdokumen, kemudian hilang entah ke mana. Ini yg bahaya menyusup kemudian hilang. Sedang bangsa rohingya diketahui di mana mereka berada dan ada kad pendatang. Tetapi pelancong cina ada di sini dengan memegang mykad. Ini lebih bahya dan ini fokusnya.

Anonymous said...

Adalah amat malang sebilangan orang Melayu jahil murakkab sangat mudah terpengaruh dengan propaganda jahat ciptaan puak kafir harbi dan puak munafik liberal yang bersikap anti-Islam dan anti-Muslim.

Sebaliknya puak anti-Islam ini berdiam diri berkaitan isu beratus ribu pendatang tanpa izin dari negara China Komunis yang berada secara haram di negara Kita.

Maka sangat jelas musuh Islam dan pengikut mereka adalah kepala bapak hipokrit yang mengamalkan double standard terhadap pelarian Islam.

Anonymous said...

Dua itu masalah besar. Tapi mudharat yg lebih besar yg mana? Tentulah pelancong cina yg tak balik. Dapat mykad dari pengkhianat yg menjual mykad. Dan pendatang ini aktif dengan aktiviti ekonomi haram. Cina dap di sini ramai yg tak tahu menyanyikan lagu negaraku, penduduk haram ini, lagilah tak tahu. Cina dap di sini tolak tulisan jawi, tolak hudud, minta euc, minta icerd, minta komunis, kalau yg pendatang haram, lagilah banyak mudharatnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails