Tuesday, April 21, 2020

PKP: Parti liar menjadi-jadi..

ANTARA individu termasuk remaja yang ditahan mengadakan parti liar. FOTO Ihsan Polis Johor


SERAMAI 20 individu, termasuk remaja ditahan kerana mengadakan parti liar sekali gus mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah apartmen dan dua inap desa sekitar bandar raya ini dan Masai, Johor Bahru, antara Sabtu hingga awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay,berkata Polis Johor mengadakan tiga serbuan hasil maklumat awam dan risikannya sebelum menahan kesemua 20 individu berkenaan yang leka berparti.
Katanya, serbuan pertama dilakukan di sebuah inap desa di Masai kira-kira jam 11.30 Sabtu lalu.
Beliau berkata, hasilnya polis berjaya menahan empat lelaki berusia lingkungan 27 tahun yang sedang berparti dan melanggar perintah PKP selain gagal memberikan alasan munasabah berkumpul di situ.
“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka negatif dadah menerusi saringan air kencing selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Serbuan kedua dilakukan di sebuah apartmen di bandar raya ini kira-kira jam 1 pagi semalam sebelum menahan 7 individu termasuk dua perempuan berusia antara 21 hingga 26 tahun.
“Siasatan lanjut menemui 0.50 gram dadah jenis ketamin dengan enam daripada mereka positif dadah malah dua suspek perempuan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.
ANTARA individu yang mengadakan parti liar. FOTO Ihsan Polis Johor
ANTARA individu yang mengadakan parti liar. FOTO Ihsan Polis Johor

Ayob Khan berkata, serbuan ketiga pula dilakukan di sebuah inap desa di Tanjung Puteri kira-kira jam 1 pagi tadi.
Katanya, dalam serbuan itu polis menahan sembilan suspek termasuk tiga wanita berusia antara 18 hingga 25 tahun.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati lima suspek lelaki positif dadah manakala masing-masing seorang suspek lelaki dan wanita mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, ” katanya.
Beliau berkata, kesemua 20 suspek berkenaan akan ditahan reman dan disiasat mengikut Peraturan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana ingkar PKP.
Katanya, bagi suspek yang positif dadah dan memiliki dadah pula akan turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a)Akta Dadah Berbahaya 1952. (MyMetro)

3 comments:

Anonymous said...

Tun atau Anwar jadi Ketua Pembangkang. Nak berebut tikam belakang pun orang tak marah cuma tepok tangan saja. Tun bakal dipecat dari Bersatu

Semalam bekas perdana menteri Najib@Bosssku dalam satu kenyataan kepada The Star berkata Tun akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang.

“Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” katanya.

Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

Dari simber dipercayai Tun. akan dipecat dari Bersatu kerana melanggar displin parti Bersatu kerana mahu duduk di barisan pembangang 18. Mei nanti.

Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu...Hari ini dalam sejarah Tun tak rebut dan tangguh peralihan kuasa dan jawatan...kikiki

hahhhh tepokkkkk makin panas popcorn kasi tambah.. tak sabar nak tunggu 18. Mei 2020 kali ini.

Anonymous said...

Pas masih kecil. Akan datang sokong pas supaya lebih pas lebih bertenaga. Tapi adat liberal sanggup jadi kaldai dap dan ketepikan Islam. Bila MN kata dap mohong, yg kuat bela dap ialah pkr dan pan.

Masa pas nak buat hudud kat kelantan,madey nak guling kerajaan kelantan cara mageran.

Al Hafiz said...

Hudud itu cuma alat dipergunakan PAS untuk menang undi rakyat Melayu je. Perketatkan saja undang sedia ada dan mantapkan institusi Melayu sekarang dari segi ekonomi dan pendidikan. Kita ni jauh ketinggalan. Kes AIDS dan anak luar nikah masih tinggi di Kelantan berbanding negeri lain. Nak tunggu Hudud dulu ke nak beri amaran pada dia mereka? Itu pun tak mampu kawal. PAS hari ini, bukan yang dahulu zaman almarhum TGNN, pergunakan agama untuk politik sangat2. Melatih walaun-walaun menjadi ekstrim dan membenarkan sindiran dan maki hamun di kalangan orang PAS terhadap Melayu Islam lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails