Sunday, April 12, 2020

MMA Dipengaruhi DAP? LKS, 'Usah Kecewa, Cuba Lagi'.


MMA (PERSATUAN PERUBATAN MALAYSIA) SUDAH DIPENGARUHI OLEH DAP?



Syukur bila petang semalam, Khamis, 10 April, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akhirnya mengisytiharkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan selama dua minggu lagi, iaitu dari 15 April hingga 28 April.

Jelas Perdana Menteri, keputusan ini dibuat “berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pakar-pakar perubatan” dan “selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal”.

Saya mulanya bimbang bila melihat semacam ada gerakan tersusun untuk mempengaruhi kerajaan supaya menamatkan perintah kawalan pergerakan bermula dari kenyataan pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang, pada jam 10.30 pagi Khamis, 9 April, yang menggesa ia di“lift”kan.

Lebih membimbangkan lagi bila gesaan Lim Kit Siang ini, walaupun cukup membahayakan keselamatan rakyat, kemudiannya turut disahut dan didendangkan sama oleh 13 Presiden dan bekas Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association, MMA).

13 Presiden dan bekas Presiden MMA yang menggesa ia di“relax”kan adalah Dr N Ganabaskaran, Dr Ashok Philip, Dr David Quek Kwang Leng, Dr H Krishna Kumar, Dato’ Dr A Krishnamoorthy, Datuk Dr N. Arumugam, Dr Milton Lum Siew Wah, Tan Sri Datuk Dr R. P. Lingam, Dr John Chew Chee Ming, Dr Ravindran Naidu, Datuk Dr Subramaniam Nadarajan, Dato’ Dr Abdul Hamid Abdul Kadir dan Dr Mohamed Namazie Ibrahim.

Kenyataan pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, walaupun sangat dikesali, masih boleh difahami kerana beliau tentulah mempunyai perkiraan politik tertentu sewaktu membuat cadangan itu, tetapi sokongan 13 Presiden dan bekas Presiden MMA ini cukup membingungkan.

Syukur kerana yang memerintah sekarang adalah kerajaan baru, jika kerajaan lama masih memerintah, dengan pengaruh kuat DAP di dalamnya sudah pastilah terdapat kemungkinan besar gesaan Lim Kit Siang supaya perintah kawalan pergerakan di“lift”kan akan diterima pakai.

Syukur juga kerana kita punya Perdana Menteri yang akur dengan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, pakar-pakar perubatan dan WHO serta tidak terpengaruh dengan gesaan dan tekanan daripada pakar-pakar perubatan yang mempunyai kepentingan yang tertentu.

Dan syukur juga kerana kita punya 1 Master dan 11 Presiden kolej pakar perubatan daripada The Academy of Medicine of Malaysia (AMM) yang tegas menghujjahkan bahawa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini wajib diteruskan melepasi Fasa 2 yang berkahir pada 14 April.

MMA ini sudah dipengaruhi oleh DAP kah?
Kepada Lim Kit Siang, usah kecewa, cuba lagi.
Dr. Kamarul Yusuff

4 comments:

Anonymous said...

Ada juga dua ekor yg makan dedak dap.

Anonymous said...

MERATIB LIM KIT SIANG MINTA PARLIMEN BERSIDANG
ISU KEDAI GUNTING BAZAR RAMADAN KASI BRLASAH
DAH TAK ADA APA NAK DI DENDANG PARA SI BANGANG
HARAP FB AJER PENYAMBUNG TALIAN HAYAT HARAMJADAH


KIKIKIKI... PARLIMEN ON KE TAK ON NI..!?

KIKIKIKI

Anonymous said...

Buat parti hancing, politik lebih penting dari nyawa.

Anonymous said...

Ada sorang bos, dia panggil bos besarnya barua. Tentulah bos besar benci dan kecil hati kat bos kecil yg guna kata barua. Dah tentu bos besar kata bos kecil bukan regu sekerja yg bagus. Ini antara punca bos besar letak jawatan bila bos kecil kecam bos besar dengan kata barua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails