Tuesday, April 14, 2020

Jangan Buat GLC Macam Ghanimah Perang. Ramai Bakat Profesional&Pakar.

glc
Isu lantikan politik dalam GLC kerajaan

PERKARA asas yang kita kena faham adalah dalam negara membangun, Kerajaan merupakan watak utama yang menggerakkan ekonomi dan Kerajaan melakukannya melalui GLC dan GLIC. GLC atau GLIC ini berperanan menyambut dan melaksanakan segala polisi ekonomi dan dasar yang dilakukan Kerajaan. 
Sebagai contoh pada tahun 2005, Pak Lah berhasrat nak menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam Dunia. Dan antara cara menggerakkan ekonomi Islam ini adalah melalui penerbitan sukuk dalam amaun yang besar. Tapi sukuk pada masa tersebut tak menarik minat para pelabur. Baik beli bon.
KHAZANAH antara pihak terawal yang menggunakan instrumen sukuk ini sehinggakan akhirnya ia menjadi satu trend dan menumbuhkan keyakinan kepada pihak swasta untuk turut sama terlibat.
Apabila Dato’ Seri Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri (PM), beliau pula mahukan sebuah GLIC yang berperanan sebagai ‘pemegang kekayaan negara’. Tak boleh nak bergantung kepada minyak lagi. Tapi nak jadi ‘pemegang kekayaan’ ini kena berani melabur. Risiko tinggi.
Maka ketika itu, KHAZANAH sekali lagi ambil peranan. Beli pegangan Jadwa Investment, beli ACR Retakaful Holding Ltd dan kembangkan IHH sehingga jadi rangkaian pusat perubatan antara terbesar dunia. Sekarang bayangkan kalau GLC-GLC ini dipegang oleh pihak yang tidak satu kepala dengan Kerajaan semasa, adakah ia akan berlaku?
Contohnya kalau Tun Mahathir menjadi Pengerusi KHAZANAH ketika zaman PM5 dan PM6, adakah Khazanah boleh berkembang seperti mana hari ini? Sedangkan KHAZANAH pada zaman PM4 ditubuhkan sebenarnya lebih kepada tujuan membeli saham-saham tak laku.
Masalahnya pada zaman PH dahulu, mereka acah-acah baik dengan berjanji tak buat lantikan politik dalam GLC. Itu sahaja. Idea mereka itu betul tetapi sebenarnya tak sesuai melainkan ekonomi negara ini dipandu oleh sektor swasta. Macam dekat negara-negara Barat. Sebab itu dulu kami kata PH ini terlalu idealistik.
Cuma untuk Perikatan Nasional pula, janganlah buat GLC ini macam ghanimah perang. PAS dan Umno sebenarnya mempunyai sangat ramai bakat profesional dan pakar yang boleh memimpin GLC. Biarkanlah Ahli-ahli Parlimen terus berfungsi sebagai medium semak dan imbang.
Contohnya Dr Asyraf Wajdi sangat sesuai menjadi Pengerusi Tabung Haji atas kepakaran kewangannya. Ir Khairil Nizam (Ketua Pemuda PAS Pusat) pula mempunyai kelayakan teknikal bagi memandu GLC seperti Tenaga Nasional. Sayang sangat jika dua tenaga muda hebat ini dibiarkan tanpa ada ruang sumbangan kepada negara.
Percayalah. Persepsi buruk memberi kesan yang terlalu besar di hati rakyat. Kawallah ia daripada awal. Jangan diulangi kesilapan dahulu
ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA 
Bukit Tunggal Kuala Terengganu – HARAKAHDAILY 13/4/2020

2 comments:

Anonymous said...

Teruskan Meroyan.
Memang puak-puak munafik atau anti Islam ada sepanjang zaman..
Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian end meneruskan hasut ganggu..
Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian end.
Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian end. barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, budak kampung dan babi-babi buta tu..

Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat sangat ke?? kalau mampuih panggil lah gian end solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi

Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..
DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian end. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end..
Mereka bangga disebut macam tu.
Hiiiiiiiii

Anonymous said...

Penting untuk melantik peneraju glc di kalangan pn. Lantik ph nanti banyak maklumat palsu. Harta tabung tergamak ph jual. Ini kesan dari maklumat dari menteri agama ph ketika itu. Dan memang itu strategi dap untuk mengurangkan harta milik orang Islam.

Ini bukan soal ghanimah. Ph pun melantik dari kalangan ph juga untuk melumpuhkan ekonomi orang Islam. Sangat tidak bijak bila ada orang Islam menawarkan diri menjadi kaldai dap untuk mendapat ghanimah. Seperti pm menanti yg mahu ghanimah kerusi pm, sanggup merendahkan martabat diri menjadi kaldai dap dan tidak setia bersama majoriti muslim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails