Wednesday, April 22, 2020

COVID-19:Ujian swab tidak batalkan puasa

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. - NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam

KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan ujian swab yang dilakukan bagi menyaring individu terbabit kes COVID-19 tidak membatalkan puasa bagi orang Islam yang sedang berpuasa.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata dua kaedah yang ketika ini diguna petugas Kementerian Kesihatan untuk melakukan ujian berkenaan didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.

Katanya, kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu didapati bukan tindakan makan dan minum sehingga membatalkan puasa.
“Maka puasa individu sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang syak atau wujud sesuatu andaian.
“Malah alasan memasukkan sesuatu ke al-jauf (rongga dalam) sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.
“Pandangan yang menguatkan ujian swab tidak membatalkan puasa adalah bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi kerana syarat bagi sesuatu yang masuk ke rongga dalam mestilah bersifat kekal di dalamnya (rongga) serta tidak mempunyai sambungan dengan alatan lain di luar badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Asri berkata, di dalam al-Majma’ al-Fiqhi al-Islami sudah menyenaraikan beberapa isu dan mekanisma di dalam bidang perubatan yang diklasifikasikan sebagai tidak membatalkan puasa.
“Ini (perkara tidak membatalkan puasa) termasuk perbuatan memasukkan ‘gastroscope’ (teropong perut) ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.
“Maka demikian, sepatutnya ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat khusus ke dalam rongga hidung atau mulut bagi mendapatkan sampel yang diperlukan lalu dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa,” katanya. (BH)

2 comments:

Anonymous said...

Kpd mb kedah...

Ebiet Liew buat kerja baik tak ada masa nak cakap pasal sapa YB, Exco, Sapa MB dia tak cakap detail pun, yg pegawai kau MB Kedah mencipan kepanasan pasai ape...!?

Jenguk2lah raykat kamu tu. Jangan ko jer kaya raya sama dgn adik beradik kamu dgn rumah agam rega jutaan ringgit, kereta sport, jet peribadi dan kapal mewah. Arahkan anak2 buah kamu mencari fakir2 miskin dan jangan lekas meroyan bila ada insan tanpa sengaja membantu dan mendedah kesusahan mrk. Tak lama lagi ramdhan menjelang tiba. Hantarlah wakil dan jenguk2lah mrk. Bantulah mereka dgn ikhlas dan tak perlu menunding jari.

Ini lah yang walaun unta Bersatu mau jadikan bakal PM Malaysia...!?

Like father like son... useless legacy

Pada Ebiet
Semoga diberkati...

Anonymous said...

YAB ada kereta besar2 dan laju2. YAB dengan kereta yg laju sepatutnya tiba lebih awal. Atau YAB patuh kepada pkp lalu duduk di rumah bersama anak2 menikmati kekayaan yg dijarah dari bumi malaysia ketika ayahanda menjawat jawatan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails