Monday, April 20, 2020

10 terbunuh, Lelaki Pembuat Gigi Palsu Mengamuk.

Anggota forensik RCMP mengambil gambar mayat seorang lelaki selepas kejadian amuk di luar bandar Nova Scotia. - FOTO AFP
Anggota forensik RCMP mengambil gambar mayat seorang lelaki selepas kejadian amuk di luar bandar Nova Scotia. - FOTO AFP


MONTREAL: Seorang lelaki bersenjata api membunuh sekurang-kurang 10 orang dalam kejadian amuk yang berlaku semalaman di luar bandar Nova Scotia, dan ditemui mati selepas diburu selama berjam-jam, kata polis persekutuan Kanada, semalam.
Terdahulu, suspek dikenal pasti sebagai Gabriel Wortman, 51, melarikan diri sejak malam kelmarin selepas polis dimaklumkan ada tembakan dilepaskan di kawasan komuniti kecil, Portapique yang terletak kira-kira 100 kilometer (km) dari ibu kota wilayah Atlantik, Halifax.
Beberapa mangsa kemudian ditemui di kedua-dua bahagian luar dan dalam sebuah rumah, manakala polis melancarkan pemburuan ke atas suspek selama 12 jam di seluruh wilayah itu.
Jurucakap polis, Chris Weather, berkata pihak berkuasa masih belum mengenal pasti jumlah kematian sebenar dalam insiden berkenaan.
“Ia melebihi 10 orang. Ia hampir pasti akan lebih daripada 10 orang. Berapa ramai lebih daripada 10, saya tidak tahu,” katanya pada satu sidang media.
Antara mangsa terkorban dalam kejadian itu ialah seorang pegawai wanita Polis Diraja Kanada (RCMP), manakala seorang lagi anggota cedera.
“Usaha memburu suspek berakhir pagi ini (semalam)... apabila suspek berjaya dikesan dan saya boleh mengesahkan dia telah mati,” kata Weather.
Namun setakat ini, polis memaklumkan, mereka belum ada petunjuk mengenai motif kejadian itu.
“Apa yang saya akan katakan, nampaknya ia sangat jarang berlaku,” kata Weather.
Penyerang terbabit yang dilaporkan mencari rezeki sebagai pembuat gigi palsu, dikesan memandu sebuah kenderaan dilihat seperti kereta polis sebelum menukar kereta, menurut RCMP.
RCMP sekali gus menciap beberapa kali bahawa suspek bukan seorang pegawai polis serta memberi amaran bahawa lelaki itu ‘bersenjata dan berbahaya’. - AFP

2 comments:

Anonymous said...

Bersatu insider said the Langkawi MP did not want to be seated on the government bench because “he does not want to sit with the kleptocrats”. But those in PKR do not want to engage him anymore. They feel betrayed.

Joceline Tan, The Star

There will be no debates or motions at next month’s Parliament meeting but there will be a numbers game which Tan Sri Muhyiddin Yassin intends to win.

DATUK Seri Anwar Ibrahim has been to the Prime Minister’s office many times in the last two years but his most recent visit was perhaps the most controversial.

Persoalanya Ada mak cik kiah kisah..!?

Atok fikir orang khianat saja..!? Kau khianat PH. khianat Anwar, Khianat orang lain dengan lidah bercabang ko ingat orang tak amik kisah pulak...!?Ko ingat ko tu jujur sangat keee..!?

Camner lah atok 18 Mei nnti yer... Kat block depan dia kena main , duduk kat Blok Atok orang tak sudi nak kawan dahh orang sebelah tempat duduk Atok lagi naik menyampah....

Terkontang kanting telo telo atok goyang sendiri... kesiannn akhir nyawa kena main....

18 Mei ku tunggu hari bersejarah atok duk sorang mcm mulukut tepi gantang

padan muko...!!

Anonymous said...

Ada nyawa lagi kat icu. Politik letak tepi dulu. Bantu putus rantaian atau bantu kemanusiaan. Buy muslim first. Halalan taiyyibah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails