Thursday, March 05, 2020

Tindakan Agung Selesaikan Krisis Politik Negara Termaktub Perkara 43 (2).. -Prof Madya Dr Shamrahayu


Gambar fail, Pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Dakwaan 'royal coup' hina institusi diraja
KUALA LUMPUR: Dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) digulingkan secara ‘royal coup’ (rampasan diraja) disifatkan melampau dan menghina institusi diraja di negara ini.
Pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, berkata segala tindakan diambil Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dalam menyelesaikan krisis politik negara baru-baru ini, adalah berpandukan kuasa diperuntukkan kepada Seri Paduka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menjelaskan, Perkara 43 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, secara jelas menyebut Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik seorang Perdana Menteri, yang pada hemat Seri Paduka mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
“Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia adalah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, yang tidak sama dengan sistem di negara-negara lain.
“Kenyataan ‘royal coup’ telah menghina institusi diraja di Malaysia dan mencabar kedaulatan negara,” katanya kepada BERNAMA, hari ini.
Semalam, sebuah akhbar dari United Kingdom seolah-olah menggambarkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kelapan sebagai ‘royal coup’.
Sementara itu, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman, menegaskan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri melambangkan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam menyelesaikan kemelut politik negara.
“Ahli MUBARAK memberi sokongan penuh kepada Tuanku (atas pelantikan Muhyiddin) kerana ia keputusan yang bijak, dibuat secara terbuka dan demokratik. Sebab itu kami tidak rasakan ia satu ‘royal coup’.
“Ini kebijaksanaan Tuanku menyelesaikan masalah. “Itu (keputusan Seri Paduka) termaktub dalam peruntukan perlembagaan dan bukannya di luar kerangka perlembagaan persekutuan. Cara Tuanku mengendalikan krisis ini adalah sangat hebat dan telus,” katanya. – BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Kuasa agong mampu menyekat virus liberal bawaan pkr. Kuasa agong juga mampu menyekat virus ampu kafir dap bawaan pan. Dua2 virus ini tidak sesuai di negara ini yg sudah berkurun mengikut ASWJ.

Anonymous said...

Puaka tak faham peranan institusi beraja. Di rimba ada hukum rimba yg liar dan ganas. Hukum yg tidak waras dan kebinatangan. Pertikai peranan Agong kerana di rimba tiada undang2 termaktub. Cuma dalam dunia yg bertamadun, pertikai kuasa Agong adalah penderhakaan dan ada kewajaran dikenakan tindakan sebelum jadi virus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails