Wednesday, March 04, 2020

TH: Beri Hibah Tinggi&Kekalkan Subsidi, Saranan Kepada Kerajaan Baru.. -Dr Mohd Zuhdi


‘Zaman gelap’ Tabung Haji semasa dibawah PH

KL: Tabung Haji semasa dibawah pemerintahan PH bukan sahaja gagal memberi hibah dan dividen pada kadar sebagaimana sebelumnya, malah telah menukar pemilikan aset yang menjadi hak umat Islam.


Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki bahkan menempelak cara urus tadbir PH ke atas Tabung Haji yang didepani dengan pelbagai alasan dan tuduhan terutama terhadap pemerintahan sebelum itu.
Antaranya kata beliau, PH menuduh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah mencuri wang Tabung Haji serta terbabit dengan pelbagai skandal lain tanpa mengemukakan bukti.
Malah ujarnya, PH gagal lagi apabila didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), sebaliknya mengeluarkan laporan bahawa kesalahan dibawah pemerintahan Dato’ Sri Najib adalah kerana memberi hibah dan subsidi.
“Bagi hibah kepada pencarum, bagi hadiah yang tinggi itu kesalahan ke? Kalau tanya orang ekonomi, salah tak? Tanya orang yang suka kepada kebajikan, salah tak? Deposit pencarum-pencarum Tabung Haji dijamin oleh kerajaan. Kalau kerajaan nak bagi lebih, itu hadiahlah, apa nak dipertikaikan?
“Kesalahan yang kedua (dilaporkan PH terhadap BN) ialah terus memberi subsidi haji walaupun kos haji meningkat setiap tahun. Subsidi meningkat. Yang terakhir, RM400 juta Tabung Haji bagi subsidi kepada para hujjaj. Pergi dengan Mu’assasah, dapat subsidi. Sepatutnya bayar RM17,000 zaman itu, kita bayar RM9,000 sahaja.
“Salah ke tak salah subsidi ini? Tak salah. Kerajaan nak bagi, kerajaan ini bukan syarikat. Siapa yang memiliki Tabung Haji? Kita. Bukannya pemegang saham, syarikat-syarikat besar, bukan. Kitalah (para pencarum) pemilik Tabung Haji,” kemukanya membidas laporan pernah dikeluarkan PH.
Selar beliau, Kerajaan PH bukan sahaja gagal menunaikan janji manifesto dengan alasan memikul hutang lama, bahkan juga gagal menubuhkan RCI berkaitan skandal dituduh mereka, sedangkan ia tidak memerlukan wang.
Dr Zuhdi turut menyatakan bahawa PAS akan suarakan supaya kerajaan baharu dibawah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memberi hibah tinggi serta mengekalkan subsidi kepada pencarum Tabung Haji untuk menunaikan ibadah itu. – HARAKAHDAILY 3/3/2020

3 comments:

Anonymous said...

Sejak ph perintah, trend pasaran turun berterusan. Pelabur tak yakin dengan kerajaan itu. Menteri duit pun tak ikut rule. Perebutan kuasa nak jadi pm pun satu isu juga. Negara islam ditadbir oleh dap pun isu besar jugak. Bahang panas terasa termasuk mereka yg asalnya menyokong ph. Pkr tidak solid lagi. Bersatu majoriti tolak mahathir. Pan solid di kepimpinan, akar umbi udah leroi. Perkauman dap umpama percik api pada rumbut kering. Yg tinggal hanya manusia kecewa yg melontar pandangan berdebu yg terbang bersama angin, perlahan hilang dalam udara bersih.

Terima kasih Agong kerana selamatkan malaysia, economically and religiously. Kembalikan malaysia seperti zaman gemilang melaka dalam versi baru. BMF titik mula dan pemacu.

Anonymous said...

Parti kafir harbi penyamun DA-Pigs dan khadam liberal pandap telah menyamun tabung umat Islam dan menjual aset umat Islam kepada puak kafir pada HARGA yang sangat murah. Inilah puak celaka lagi bangsat yang telah mengkhianati umat Islam.

Anonymous said...

Dah Mac ni, belum nampak bunga2 TH nak istihar dividen!

Tapi kita yakin PN dapat membina semula TH yang telah musnah dibawah pakatan hancing bacin!

Jom #BMF! Viralkan semula broucher2 buat peringatan pengguna2 Islam yang cintakan keamanan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails