Wednesday, March 11, 2020

Sekiranya Tuhan Wanita (Dear God, if you were a women..). Liberal Syit!!

Hasil carian imej untuk Isu Akidah Dalam Perhimpunan Hari Wanita
Isu Akidah Dalam Perhimpunan Hari Wanita
Diangkat dari MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
1. Dalam keghairahan memperjuangkan hak wanita, ada aktivis yang diberikan ruang untuk menyampaikan persembahan puisi yang dibimbangi melibatkan isu akidah buat umat Islam. Persembahan berjudul “Dear God” menampilkan bait-bait puisi yang mengimpikan atau membayangkan sekiranya Tuhan itu adalah seorang wanita (Dear God, if you were a women..)

2. Buat Muslim, Rasulullah ﷺ menasihatkan kita agar sentiasa berhati-hati dalam melontarkan dan memilih kata-kata yang dibimbangi boleh memberikan kesan kepada isu akidah dalam keadaan mereka tidak sedar. 


Sabda Rasulullah ﷺ:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِا
“Seorang lelaki mengucapkan satu kalimah yang dia tidak merasakan apa-apa masalah dengannya (memandang remeh dengan kalimah tersebut), yang mana ianya boleh membawanya kepada tujuh puluh jarak neraka.” (HR al-Tirmizi)

3. Dalam menghuraikan hadith ini, al-Imam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa terdapat sebahagian manusia yang memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Tuhfah al-Ahwazi)

4. Al-Imam Ali al-Qari pula meriwayatkan hadith berhubung kecaman Rasulullah ﷺ terhadap mereka yang bercakap bagi tujuan bergurau tanpa menilai dahulu kesan ucapan tersebut barangkali tidak sesuai untuk dijadikan bahan gurauan. Sabda Rasulullah ﷺ:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَقُولُ الْكَلِمَةَ لَا يَقُولُهَا إِلَّا لِيُضْحِكَ بِهِ النَّاسَ، يَهْوِي بِهَا أَبْعَدَ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ،
“Seorang hamba mengucapkan perkataan bagi tujuan bergurau (untuk digelak) sedangkan perkataan tersebut boleh membawanya ke neraka yang jarak keduanya antara langit dan bumi.” (Mirqa al-Mafatih)

5. Perbahasan berkenaan zat Tuhan pula telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran bahawa Tuhan itu adalah satu dan ia bukannya seperti makhluk yang mempunyai jantina atau mempunyai keluarga. Perkara ini sering kita lafazkan dalam Surah al-Ikhlas yang terangkum di dalamnya sifat tentang Allah.


6. Amat membimbangkan sekiranya Muslim berfikir dengan kerangka pemikiran Liberal sehingga akal mereka liar menerawang tanpa menjadikan al-Quran dan hadith sebagai panduan hidup mereka.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama ISMA
https://telegram.me/drahmadsanusiazm

3 comments:

Anonymous said...

Kesian, Masih jadi barua DAP lgi.

Kesian. Masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian eng. barua pecacai yang patut di hukum sula.

Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, dan babi-babi buta tu.. Bertaubatlah.. tak besar mana dedak babi itu. Miskin keparat angat ke?? kalau mampuih panggil lah gian eng solat.. hii jijik dan kesiannya. hi hi hi

Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin segala.. padanlah jadi barua..

DAP macam cicak penyet, kepala terapit pintu, terkepit.
Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat,peluluq juboq tak basuh si kulup gian eng. hi hi hi . tak malu muka tembok pungkok babi..

Anonymous said...

Allah sudah tetap. Sifatnya juga sudah tetap. Sejak azali. Tiada istlah mungkin perempuan.

Yg tidak tetap ialah manusia. Boleh perangai dan sikap, begitu begini. Jadi kena ikut apa yang telah Allah tetapkan. Kebebasan itu bila dapat ikut kebenaran yg mutlaq, dan menolak kebenaran yang sementara. Fahami peraturan Allah, manusia bahagia dunia akhirat.

Anonymous said...

Puak dap dng barua serta rba sedang bekerja keras untuk mempengaruhi rakyat untuk ikut telunjuknya. Moga rakyat lebih berhati2 jngan smpy terpesong akidah mohon perlindungan dari Allah yg maha mengetahui.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails