Monday, March 02, 2020

‘Parti lebai’ Ini Melangkah Gagah. Al-hamdulillah!

Hasil carian imej untuk ketayap lebai

Parti lebai ke gerbang Putrajaya 
SATU-satunya parti yang ‘total’ bersih dari segi salah laku dan moral. Terbukti di Kelantan puluhan tahun mentadbir dengan penuh integriti dan amanah kepimpinan. Berteraskan konsep dosa dan pahala berprinsipkan Ubudiyyah, Mas’uliyahdan Itqan.

Suluhan ini disebarkan aura kepimpinan ‘lebai‘ ke Negeri Terengganu dengan aura dan aspirasi yang sama dengan Islam Memimpin Perpaduan.

Pelbagai tohmahan, ejekan, perlian, sinis, dan prejudis terhadap kemampuan ‘parti lebai’ ini memimpin. Namun jiwa besar para pimpinan ‘parti lebai’ dengan semangat Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) mampu menangkis segala cercaan langsung mahupun maya
Kini;
Tidakkah rakyat Malaysia ingin menyaksikan parti lebai ini memberi sesuatu perubahan dalam pentadbiran negara tercinta ini?
Tidakkah rakyat Malaysia ingin merasai keharmonian dan kesejahteraan yang dipandu parti lebai?
Tidakkah rakyat Malaysia ingin merasai keadilan yang diserlahkan oleh parti lebai ini?
Tidakkah rakyat Malaysia ingin menyaksikan integriti dan amanah kepimpinan dalam Menteri-menteri yang di lantik?
Tidakkah rakyat Malaysia ingin menyaksikan Islam mampu didaulatkan di atas paksinya yang sebenar?
Tidakkah rakyat Malaysia ingin menyaksikan kebebasan beragama, berbudaya sebagaimana harmoninya perpaduan di Negeri Kelantan dan Terengganu?
Tidakkah rakyat Malaysia ingin menyaksikan kedaulatan negara terpelihara kukuh?
Tidakkah rakyat Malaysia ingin menyaksikan kemakmuran dan pembangunan negara ke arah lebih baik dengan panduan syariat?
Tidakkah rakyat Malaysia menyaksikan bagaimana ‘tentera merah’ kami berbakti dengan slogan ‘beramal kerana Allah’ melangkaui sempadan politik, bangsa dan budaya. Semuanya disantuni seadilnya walau tiada imbuhan.
Jika sebelum ini, rakyat Malaysia sanggup memberi peluang dan ruang kepada parti dan pimpinan yang punya isu moral dan akhlak untuk mentadbir negara.
Alangkah tidak adilnya untuk tidak memberi peluang dan ruang kepada parti lebai untuk menabur bakti dengan penuh keikhlasan dan amanah semata demi rakyat Malaysia.
Kenapa begitu prejudis kepada parti lebai ini dalam memandu negara? Buktikan ‘parti lebai’ ini amalkan dasar ‘Taliban’ sebagaimana dimomokkan di negeri yang diperintah.
Kini parti lebai ke Putrajaya dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi membimbing, menegur, menasihati, dan memimpin kerajaan untuk membina Malaysia Sejahtera dengan aura ‘Islam Memimpin Perpaduan’.
‘Parti lebai’ ini melangkah gagah memasuki gerbang Putrajaya dengan semangat dan keazaman tinggi untuk mengetuk pintu hati pimpinan seluruhnya untuk tunduk dan patuh perintah-Nya untuk memastikan Malaysia Sejahtera untuk semua.
“Islam Memimpin Perpaduan”
“Islam Memimpin”
“Daulat Tuanku”
AKHI MAL – HARAKAHDAILY 2/3/2020
Hasil carian imej untuk helikopter PAS
Hasil carian imej untuk helikopter PAS
PAS yang tetap bersama rakyat..

4 comments:

Anonymous said...

Langkah gagah????? Wahahhahaha...memalukan..

Unknown said...

Berapa gaji red bean dapat minggu ni, ker dah kena sekat gaji...kesian nu...jom reja dengan kami... candat sotong.. ler ni musim sotong....lempar buang lah key board tu

Anonymous said...

Pada kaca mata kit sian, ini satu rampasan. Kerana motif politik berbeza. Kit sian nak orang melayu miskin dan jauh dari ugama dan ulamak. Kit sian nak melayu tidak bersatu dan bercerai berai, senang nak jajah. Kit sian nak komunis diiktiraf kerana darah komunis ada dalam urat sarafnya. Kit sian cari pemimpin yg tiada jati diri dan bukan tokoh agama, dia dapat pan. Kit sian nak raja melayu disingkir, dia ajak malaysian malaysia. Kalau nak senaraikan super dajjal ni, terlalu banyak. Bahkan berjaya kumpul red bean army.

Anonymous said...

Bagus juga gelaran lebai ni kan? Dulu masa2 awal2 diperlecehkan tu memang ada la rasa negatif sikit. Tapi bila sentiasa disebut2, jadi sedap di telinga. Rupanya ada hikmah disebalik yg tak pernah kita tahu. Alhamdulillah

Semoga lepas ni mereka dapat bantu muliakan nama kiyai pulak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails